"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

15 December 2007

Aku-Kau vs Saya-Awak

Aku memang jenis yang tak reti bila bercakap bahasakan kata ganti nama as "aku-kau". Aku bukan skema type of person wokeh... Sejak kecik ayah ngan emak memang tak bagi anak-anak bercakap pakai perkataan "aku-kau". Emak kata kalau cakap "aku" nanti kena paku then bila cakap "kau" nanti kena cekau! Yea meh??? So kalau ngan family members kata ganti nama yang aku gunakan ialah "kakak", "kita" atau "orang". Kalau ngan kengkawan plak aku akan pakai "saya" atau segala bagai nick yang aku ada.

So pelik?? Pada aku takde lah yang pelik sangat pun... dah biasa! But for others menda nih macam pelik. Masa belajar dolu kengkawan bley pakat gelak-gelak bila aku bercakap pakai "saya-awak"! Sampai ada yang bermurah hati nak ajar aku bercakap pakai "aku-kau". Ingat lagik sorang besfren masa kat UUM dolu - Jalut - dia nih kalau bercakap ngan aku memang otomatik jadik "saya-awak" sampaikan dia memang panggil aku - "awak". Eventho sebatu jarak kitorang, bila dia nak panggil aku, dia akan jerit kuat-kuat... AWAK!!! Bila nak jumpa aku pun dia akan pesan kat kengkawan yang dia nak jumpa "awak" and all my frens memang dah sedia maklum orang yang dimaksudkan tu adalah aku! Hilang segala bagai nama aku yang panjang ituh!

Tapi ngapa ek kat blog nih aku pakai kata ganti nama as "aku"??? Hmmm dunno lah but mungkin sebab aku jenis yang bila bercakap ngan diri sendirik aku bahasakan diri as "aku". Nampak macam lagik mesra gituh kan... but kalau ngan others hmmm memang aku totally tak bley bercakap "aku-kau". Nampak macam tak sopan plak kan. Dahlah kasar jer bunyiknya... tak sesuwei bebeno ngan jiwa aku yang lemah-lembut inih! Harharhar :)

Iklan sekejap:
Shud i blame my parents on this??? Nope! Aku suka macam nih... lain dari yang lain! Many thanx to my parents :)

No comments: