"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

19 December 2007

Sila ambil tahu...

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami? Suami isteri ini asalnya dua individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

Tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... Kala kau tiada duit, bukankah magic David Copperfield bila tetiba kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi-curi membuka wallet untuk men-checking "Ada duitkah suamiku?"
TAPI! Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah? Dasar laki kedekut...

Tahukah kau wahai suami, tiap-tiap malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan.
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kekadang siap kentut lagi... Cissss!!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau sesuka nak lepak ngan kekawan minum teh mcm kat rumah tak ada teh sampai bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti-reti nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak suami aku bila pakai baju ni?"
TAPI kau bila dah handsome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... dasar!

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur-tidur ayam sahaja...

Satu lagi, suami-suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!! Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 sampai sejuta senses sebab itulah isteri-isteri tahu korang buat apa kat belakang dia, takyah guna spy... Dia orang mesti tahu punya.
JADI janganlah nak start bikin macam-macam...

Iklan sekejap:
Ni aku dapat dalam email aku... sapa ntah kirim kat aku lupa plak. Hmmm bagus jugak untuk renungan bersama.

No comments: