"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

11 January 2008

Popular ker???

Hmmm baru baca blog Kak Jie pasal ada blogger yang dok post entry hanya semata-mata nak bagi blog dia popular... ada gak orang gituh ek? Biasalah kan manusia nih ada memacam jenis ngan memacam pe'el.

Blog aku popular ker??? Tak lah rasanya sebab aku lagik suka low profile ecececece :) Asalkan kengkawan aku tau dan pemilik blog lain yang selalu aku jengah tahu cukuplah. Dolu aku memang set kasik private ajer blog nih. Rasa macam malu jer kalau ada orang tahu kisah aku but then apa guna aku ada blog kan kan kan - baik tulih diary jer then sorok bawah bantal! So aku dengan baik hatinya kasik open to public. Tak kisah lah kalau orang baca kisah aku pun... yang rahsia tuh tetap rahsia tapi kalau takat yang biasa-biasa nih apa salahnya share ngan orang lain kan.

Pada aku bila ada blog nih aku dapat kengkawan baru... see macam mereka-mereka yang ada kat list link tuh. Bukan semua aku pernah jumpa pun... tak kenal pun sebenonya tapi dengan adanya blog nih lah aku tahu blog diaorang, jengah blog diaorang dan paling syiok dapat kawan ngan diaorang. Pendek kata berkawan bio beribu lah... (tak tau apa plak yang panjang akan kata). Lelebih lagik bila kengkawan lama yang bertahun tak jumpa pun dapat baca blog aku nih dan bagi aku itu pun dah memberikan satu kepuasan yang tak terhingga. Tak yah lah nak post entry yang entah hapa-hapa semata-mata nak tarik ramai orang masuk blog aku... (eh kalau orang ramai masuk blog nih aku bley dapat hadiah atau anugerah meh???)

Aku kalau boleh tak mau orang jumpa blog nih melalui search engine tuh (google ker yahoo ker etc etc). Tapi nak wat cemana kan... memang ada certain words kalau ditaip kat search engine tuh memang bley terkait ngan blog nih. Huhuhu memula aku tak caya bila ada kawan lama yang kata gituh (dia jumpa blog aku thru search engine) then bila aku cuba sendirik hehehe memang bley ghupanya (makcik buta IT katakan) tapi apa bley aku buat??? Buat bodo ajerlah... hiks :)

So kesimpulannya di sinih... nih blog aku maka ikut suka aku nak post entry apa. Kalau tetiba blog nih popular tuh bukan salah aku... Salahkan MEREKA & KELUARGA MEREKA!

1 comment:

Jie said...

Betul la tu, benda ni akan dtg sendiri...org akan menilai peribadi kita..tak perlu riuh rendah nk canang suruh masuk blog kita kalau orang tak suka. Kita nk masuk blog org bukan pasai di suruh², kita gerak hati sendiri...pastu kila klik.

Dlm dunia internet ni ada beribu² juta blog, masing² ada gaya dan tarikan tersendiri...kalau kita suka orang meriahkan blog kita, kita jgnlah ghairah sangat..nnt org meluat...minat org akan datang dgn sendiri.

kakjie melalut kat blog org ni, mcm le entry blog sendiri..besalah....mak²kan..kalo dah mula bercakap..tak leh berenti dahhhh..kahkahkah

blog kakjie tu, rojak..ada macam² tapi tak der la semua kisah hidup terlalu peribadi nak tulis..walau dunia bebas tanpa sempadan, kita masih ada sifat malu dan tanggungjawap...jari kita akan jadi saksi kat akhirat apa yg telah kita tulis..sama ada menyakitkan hati org atau memberi manafaat pada org

stoppp arr...kena tarik hand brek ni..kahkahkah

erk..kakjie dah tag..jgn lupa buat..senang je