"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 January 2008

Sungguh M & N

Huhuhu tuh title kat atas tuh bukan Mazran & Nazrina yeak!!! Bukan gak restoran mamak M&N kat bando Kluang tuh! Sapa Mazran & Nazrina??? Hmmm nantilah takde masa lagik aku nak citer pasai diaorang... Cumanya aku nak bagitau aku sungguh-sungguh MALAS & NGANTUK!!! Time-time nak mencarik info kat internet untuk kerja sekolah aku yang kan main banyak tuh hah mulalah mata aku nih berat semacam! Rasa macam jeles ajer tengok hubby dok baring golek-golek kat depan TV nun. Rasa macam nak tumpang dua-dua kaki nih baring golek-golek jugak hah... sesambil nonton TV channel History tuh.

Adusss dah lah kerja sekolah aku bersusun due date nya! Nak carik info satu hal. Nak harap aku gi library hmmm macam takde maknanya lah pun... bila kala aku nak gi library??? Harus Boss Kecik aku tarik muka 28 inci nanti mana tak nya awal-awal tahun aku dah apply cuti! Aku mana bley takde kat ofis tuh... orang penting katakan! Uweekkk rasa macam nak muntah kuar isik perut...

Aku rasa memang nak baring golek-golek kat depan TV tuh lah. Lagipun aku dah berjaya mendapatkan lebih daripada 4 jurnal untuk kerja sekolah Research Method. Esok-esok bley sambung lagik... mencarik info untuk kerja sekolah yang lain plak.

Chaloh... gudnite!

No comments: