"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

01 January 2008

What say you?

Hmmm pergi jugak akhirnya 2007... tak tau ngapa aku macam sedih plak hahaha. Macam ada sesuatuh ituh kat dalam hati nih... sentimental tahap gaban! Aku pun tak tau ngapa... mungkin sebab 2007 meninggalkan aku ngan memacam peristiwa... ngan pelbagai pengalaman... ngan beberapa tragedi... huh memang aku sedih! Moga 2008 membawa banyak keceriaan dalam hidup aku... bukan kata 2007 tak ceria langsung tapi harap-harap kehadiran 2008 aku lagik ceria dan ceria dan ceria...

Wokeh cakap pasal azam (hmmm aku takde kawan plak nama azam) kenapa ek setiap kali munculnya tahun baru pelbagai azam yang orang dok buat. Aku??? Entah dedolu aku pun suka berazam... nak buat ituh inih segala bagai aku senaraikan but at the end hanya suam-suam kuku jari kelingking ajer! Dua tiga bulan lepas new year aku lupa kat azam yang dah aku buat... So sekarang aku jarang berazam baru... kengkadang azam lama pun sangkut tapi ada hati nak berazam baru kunon!

Selalunya aku hanya set kat dalam hati ngan pala hotak yang aku akan buat this thing that thing... aku akan bagi tempoh dari bila sampai bila aku kena buat menda tuh dan aku akan cuba menjayakannya (adakah ini bley dikategorikan sebagai azam?!). Kalau tak dapat buat aku takde lah kecewa sangat... Lainlah kalau berazam sebab bila aku dah pasang azam then aku tak buat nanti aku jadik macam ala-ala berhutang kat diri sendirik! Tuh lah susahnya menjadik diri aku...

Agak-agak apa yang dah berjaya aku buat last year (2007) ek???
~ sejak awal tahun aku rasa macam nak totop few credit cards dan by mid year aku dah berjaya melaksanakannya (dolu aku giler ngumpul kad kredit... gila babas aku nih!!!)

So agak-agak this year (2008) aku nak buat apa ek???
~ carik kerja lain... pengalaman lain!
~ more and more and more savings
~ lelain tak pikir lagik... kalau ada pun aku akan terus buat tanpa menunggu sampai tahun depannya pulak (2009)

Oh ya makasih banyak pada mereka-mereka yang memberi ucapan selamat tahun baru kat aku...
~ ayah
~ elle
~ bebudak kat ofis
~ kak jie (kujie2)
~ adie (adie-apai)
~ abang man (tukangtaip)
~ anonymous (sent by sms... nombor tak dikenali!)

Wokeh... selamat tahun baru!!! Beberapa hari lagik kita akan celebrate tahun baru lagik sekali kan... selamat tahun baru lagik!!!

No comments: