"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

Wednesday, October 29, 2008

Ayat Ayat Ruqyah

Bought few CDs yesterday dan salah satunya adalah CD ayat-ayat Ruqyah (ayat penawar sihir dan gangguan makhluk halus) bacaan oleh Ustaz Mohd Taha Hassan Azhari (adik Datuk Musa Hassan dan Datuk Jalaluddin Hassan). Aku cadangkan kengkawan belilah CD nih - kalau tak mau diamalkan pun at least korang pasang kat CD player dan dengar buat halwa telinga. Zaman sains dan teknologi sekarang nih pun ada ajer orang yang masih percaya kat tok bomoh pawang bagai... jadik memandangkan ustaz sorang nih dah keluarkan CD apa kata kita reramai beli dan jadikan panduan serta amalan.

Kat bawah nih aku senaraikan surah-surah yang terkandung dalam CD nih:
1. Surah Al-Fatihah (ayat 1 - 7)
2. Surah Al-Baqarah (ayat 1 - 5)
3. Surah Al-Baqarah (ayat 102)
4. Surah Al-Baqarah (ayat 163 - 164)
5. Surah Al-Baqarah (ayat 255 - 257)
6. Surah Al-Baqarah (ayat 285 - 286)
7. Surah Ali-Imran (ayat 18 - 19)
8. Surah Al-A'raf (ayat 54 - 56)
9. Surah Al-A'raf (ayat 117 - 122)
10. Surah Yunus (ayat 81 - 82)
11. Surah Taha (ayat 69)
12. Surah Al-Mukminun (ayat 115 - 118)
13. Surah As-Soffat (ayat 1 - 10)
14. Surah Al-Ahqaf (ayat 29 - 32)
15. Surah Ar-Rahman (ayat 33 - 36)
16. Surah Al-Hasyr (ayat 21 - 24)
17. Surah Al-Jin (ayat 1 - 9)
18. Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas
19. Doa Bismillah Ruqyah

Manalah tau kan kot korang tak mampu nak beli hah kurang-kurang bley gak carik ayat tuh sendirik, baca dan amalkan. Mudah-mudahan dijauhkan segala hasad dengki kat diri kita :)

2 comments:

Banting ReeF said...

Tq for the site

Anyway kalau kawan kawan nak download audio file nie boleh lah download kat link bawah .. tapi kena lah download pelan pelan

http://www.muslimhomeschool.net/audio/rukiyah%20-%20quran%20healing.zip

Amirul said...

Salam akak bacaan doa bismillah ruqyah camne?