"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

28 November 2008

My mom's instinct

Nak cerita pasal emak harinih...

Kengkadang disebabkan oleh kesibukan tugas seharian aku selalu lupa nak call emak ayah kat kampung. Memang ada terfikir nak telefon tapi tak telefon jugak. Kengkadang pepagi kat ofis tetiba terfikir "eh nanti nak kol emak lah" tapi bila dah start buat kerja mulalah "petang sat lagik lah baru kol emak". Nanti dah petang "alamak dah nak habih waktu kerja pulak... takpe lah malam nanti kat umah baru kol emak". Tiba umah dan malam manjang dok melayan TV (tenet lagik!) tetiba tersedar "duhhh dah pukul 11 malam mesti emak dah tido... esok lah baru kol" dan begitu lah seterusnya masuk sampai dua tiga hari. Sungguh melampau aku nih kan... anak bertuah!

Sampai tiba satu peringkat bila aku rasa rinduuu sesangat nantikan tetiba enpon aku berbunyik dan "alamak... emak pulak yang kol!" Kalau korang lah kan... rasa segan tak macam tuh??? Rasa macam nak hempuk pala kat dinding tak??? Rasa tak macam ishhh melampau nya aku nih sampai emak yang call plak???

Ada kala tuh pepagi emak dah kol aku dan siap tanya lagik "kakak kat ofis ek??? kakak meeting ker??? emak ganggu tak???" Hmmm tak kisah lah walaupun dalam meeting aku sanggup keluar dari bilik meeting dan layan borak ngan emak. Nanti bila aku cakap kat emak "kakak baru nak kol emak" (padahal dah betangguh dua tiga hari!) nanti emak aku cakap "alah emak tahu... emak punya rasa lagi kuat dari kakak". Umangaihhh walaupun emak tak maksud kan apa-apa tapi aku dapat rasakan mesti emak macam sedih... patutnya anak kol emak ini tidak emak yang kena hegeh-hegeh kol anak. Berdosa ker aku hah???

Harituh kebetulan situasi macam nih jadik lagik (rasanya ini dah entah kali yang ke berapa aku pun tak ingat!) emak kol aku dan kitorang borak ituh inih. Kengkadang kesian kat emak... macam takde sapa nak teman dia berborak. Dah lah aku ngan Along jauh. Adik aku sorang tuh plak jenis buat hal sendirik... ops! Sib baik lah sebab cuti sekolah sekarang nih kan adalah jugak sepupu sepapat aku dok menemankan emak.

Hmmm... tak tau dah nak citer apa sebab tetiba rasa rindu plak kat emak.

No comments: