"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

30 December 2008

Family Gather Day 1

Kami sekeluarga bertolak dari Kluang dengan dua bijik kereta "Siti Wan Cik" & "bluberiti" ke Pontian dalam pukul 5 petang. Nak naik satu kereta memang tak muat... dengan beg baju memasing lagik ditambah plak ngan hampers hadiahs bagai! Penuh sarat lah jugak... sib baik bont*t "bluberiti" tuh luas dan besar bley sumbat segala semua sekalik!

Kami tiba di Kayu Ara Pasong lebih kurang dekat nak Maghrib. Dapat bilik ala-ala dorm gituh ngan katil double decker. Kira bley sumbat reramai lah... ahli keluarga lain mana yang sampai awal tuh dapatlah bilik yang cantik sket... ada ekon ngan ada TV lagik tapi bilik yang kitorang dapat nih tadak apa pun. Cuma bilik air tiptop... kalau tengok dari luar ada satu pintu tapi dalam tuh ada banyak lagik pintu lain rupanya. Hahaha tak payah nak berebut time mandi dan menunaikan hajat ;) Kat bilik nih kami duduk sefamily termasuk Acik dan Cik Mimi sekeluarga.

Hahhh nih masa melepak kat bilik VIP. Ekceli bilik nih untuk Tok Wan (ayah emak) tapi sebab Tok Wan hanya akan tiba hari kedua makanya emak ngan ayah dok bilik nih dulu. Bilik nih ala-ala bilik hotel luas besar ada ekon ngan TV. So kalau agak-agak nak tengok TV (tapi takde cenel Astro) kitorang menumpang kat bilik nih lah :)

First day takde apa program pun... cuma santai melepak sesambil berborak bersama ahli keluarga yang dah berapa lama tak jumpa :D

No comments: