"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

19 December 2008

Redmummy's Potluck

Amacam berani nak jumpa Kak Red??? Huwaaa aku nak join jugak lah... tapi memang konfem tak boleh sebab aku akan balik Johor sementelah aku ngan kaum keluarga sepupu sepapat makcik pakcik atok nenek akan berkumpul ala-ala family gathering gituh (Keluarga Haji Omar Mardan) kat Pontian sana nun!!! Sungguh sedih... tapi atas semangat setiakawan setiakasih bagai kat Kak Red tuh ececece aku iklankan jugak sesi potluck ngan Kak Red nih. Hahhh korang yang memang slalu dok skodeng blog Kak Red tuh amat dialu-alukan untuk memeriahkan majlis. Hahaha jangan datang lenggang Mak Limah plak... dah nama potluck kan bawak-bawak ler makanan apa yang patut.

Nah ni peta untuk korang ke sesi potluck bersama Kak Red nih. Kotlah ada antara korang yang teringin nak join memeriahkan majlis nih korang bley email kat potluck.redmummy@gmail.com dengan sertakan nama, URL blog (kalau ada lah!), nick yang korang selalu guna masa korang dok skodeng blog Kak Red tuh, makanan apa yang korang nak bawak, jumlah kehadiran (kot lah tetiba emak ayah anak beranak semua nak ikut... jumpa Kak Red tuh!) ngan nombor tepon untuk dihubungi.

Kalau korang nak tau lebih lanjut informasi pasal majlis potluck nih bleylah check kat sinih... :)

No comments: