"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

08 December 2008

Salam Aidil Adha

Rasanya belum terlewat kot aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua kengkawan yang melayari blog nih. Maaf bebanyak sebab aku tak berkesempatan nak updet blog tetiap hari... biasalah kengkadang rajin dan kengkadang tuh malas tahap gaban!!!

Raya harituh aku sambut di kampung hubby - Kuala Kangsar. Macam biasalah orang Perak beraya bukan macam orang Johor. Kalau orang Johor hidangan tak penuh satu meja tak sah rasanya kan tapi kat Perak janji ada lemang makan ngan rendang dah cukup. Sib baik lah selera mentekedarah aku nih memang mengikut musim. Musim kena balik Perak pandai jer dia nak makan sikit tapi bila musim nak balik Johor waduhhh makan tak hengat!!!

This year aku ada buat korban (ambik satu bahagian) kat Johor sana nun. Sementelah aku tak balik beraya kat sana makanya bahagian korban aku tuh ayah yang uruskan. Memang tetiap tahun pun insya Allah aku dan keluarga akan ambik bahagian dalam korban. Ada rezeki lebih tuh kan jadik apa salahnya bersedekah sket... setahun sekali ajer iyer tak?

Salam Aidil Adha
~Ralph Rahim & Chique Alel~

No comments: