"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

19 January 2009

Jom cari kerja!!!

Last Saturday aku dan hubby memeriahkan sesambil menyesakkan diri ke Job Fair kat MidValley. Kami tak bawak keta sampai MV pun. Park "encik-oren" kat Menara TM then naik LRT Putra sampai ke KL Sentral. Lepas tuh tukar naik Komuter sampailah ke MV. Ramainya umat manusia tok sah cakap lah... ramai bebeno mereka yang seangkatan ngan aku ghupanya - carik kerja!!!

Sempatlah jugak aku drop resume kat few companies. Manalah tau kot ada rezeki ker nanti dapatlah aku ubah angin... asyik angin barat daya jer sesekali nak tukar angin tenggara plak! Tak gituh???

Habih jenjalan drop resume bagai kat MV kitorang gerak carik tempat makan kat The Gardens. Sebab ramai bebeno umat manusia makanya kitorang lepak makan roti kat (kedai apa nama lupa plak!). Memacam roti ada kat situh... teruja aku dibuatnya!!! Aku kan selain hantu ayam bley jugak dikategorikan sebagai hantu roti :D

Habih makan terus gerak balik... kaki pun dah lenguh. Dari MV naik Komuter sampai KL Sentral then terus ambik teksi plak sampai ke Menara TM. Hahaha macam tak larat bebeno dah rasanya... memanglah masa tuh tak terasa lenguh kepala lutut tapi bila dah tiba rumah hah amik ko... kejang di sana sinih!!! Takpe lah nak carik keja nyer pasal...

Ngapa aku nak carik keja lain??? Hmmm biarlah rahsia... kuikuikui!

No comments: