"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

09 January 2009

Majmuk Malaysian

Balik dinner tadik terdengar orang dok menjerit gegak gempita kat kawasan kondo nih. Takut btol kot lah ada bebudak bergaduh ker hapa... plak tuh bunyik macam datang dari arah kawasan 2nd carpark. Seriau gak sebab this month "bluberiti" yang kena park kat situh. Dah naik tingkat 7 dengar lagik kuat bunyik macam orang bergaduh... perghhh macam best nih so aku ajak hubby turun balik nak gi tengok. Idok ler sampai nak turun ke kawasan bebudak bergaduh tuh tapi tengok dari taman tingkat 4 jer. Masa nak turun semula tuh ada plak orang lain dalam lif... ghupanya sama jugak nak ke tingkat 4 nak tengok apa dah jadik.

Ghupanya memang betul ada bebudak motor (rempits... agaknya?) yang bergaduh kat luar kawasan pagar kondo nih. Sib baik... aku bukan apa risaukan "bluberiti" tuh kot lah karang orang gaduh baling apa ker kena plak badan buddy aku tuh. Perghhh kot apa jadik karang mana bulu aku nak cabut plak kan???

Dalam pada kitorang dok tengok bebudak bergaduh terjerit bagai tuh makin ramai residen kondo nih yang sampai kat tingkat 4. Hahaha sama macam kitorang lah... kepochi nak tengok apa yang jadik! Serius kuat diaorang terjerit menyumpah mencarut (sensitif btol dengo perkataan nih!) bagai... tatau lah apa masalahnya sebab agak jauh kedudukan kitorang nak nampak clear tempat kejadian tuh! Gelap plak tuh...

Tak lama lepas tuh menyusul sebijik keta peronda polis. Polis sampai tuh dengar gak gedebak gedebuk macam bunyik orang bertumbuk tapi dapat dileraikan... then sampai plak keta peronda polis kedua siap siren bagai... tak lama lepas tuh sampai plak keta peronda polis yang ketiga pun ngan siren bagai. Wahhh macam drama Gerak Khas plak nih!!! Sayangnya aku tak bawak kamera... E71 plak recharge! So tak dapek nak ambik gambo...
Selepas keta peronda polis yang ketiga tuh sampai baru lah semua dapat dileraikan. Tatau apa cerita sebenonya (nantilah esok nak tanya kat pak guard kondo!). Macam best jer tengok keta polis menyusur berdesuppp ngan bunyik siren tuh... erkkk tetiba teringat kenangan gi emporium naik keta peronda polis kekecik dolu ;)

Kesimpulan dari cerita di atas... kat tingkat 4 kondo nih ngan Melayu (aku ngan hubby jer rasanya!), Cina ngan India kan main pakat turun nak kepochi. Yang bebudak gaduh kat luar pagar tuh plak (rempits dan rasanya Melayu) pun kan main ramai dok berkumpul... termasuklah keta, motor, bas, lori yang lalu lalang kat jalan besar tuh dok pakat slow dan ada jugak yang berenti pun sama gak nak kepochi. Huhhh majmuk sungguh... manalah tak berlaku kesesakan lalulintas... gaduh belah kanan kenderaan belah kiri pun sama berenti parking tepi jalan nak tengok... majmuk majmuk :D

No comments: