"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

12 February 2009

PD Trip - Day 2

Hari kedua kat PD kami berdua bercadang nak gi jenjalan ke Melaka (whattt???). Gila jauh dok PD tapi jalan Melaka... hahaha lagipun aku dah lama tak jejak kaki gi Melaka. Last dolu pegi tahun 2001 rasanya kot tapi tuh pun sebab aku kena outstation ke Melaka! Pegi bekerja ngan pegi berjalan tak sama feel dia...

Bertolak dari resort lebih kurang jam 12 tengahari. Hehehe macam tak nak tinggalkan bilik ajer yeak (serius aku suka sangat ngan mini apartment tuh!). Siap brunch bagai baru kami bertolak ke Melaka. Ikut jalan kampung jer dan tiba kat Melaka lebih kurang jam 2 petang. Hentian pertama kami kat Melaka ialah Eye On Malaysia... hehehe masa menda tuh ada kat Kolumpo tak terbukak pintu hati pun nak pegi tapi tak pepasal menda tuh dah dibawak ke Melaka hahhh barulah teringin!

Nih kat dalam Eye On Malaysia lah... hmmm cuaca macam agak berkabus (ker jerebu???) so nak kata pemandangan tuh cantik bebeno idok ler jugak... tp best lah sebab masa turn kami nih dia pusing sampai 8 pusingan (klu ikut yang betul 4 pusingan sajork!).

Habih naik Eye On Malaysia kami gerak ke tengah bandaraya (Melaka diisytiharkan as bandaraya sama tarikh ngan besday aku!). Tatau lah tang mana hubby park keta tapi yang pasti kami berjalan menyusur belakang kedai yang memang cunnn pemandangan nyer! Gambo atas nih perasan kengkunon kat Venice lah... hahaha ada gaya sehhh!

Then kami berjalan kaki lagik sampai ke Stadhuys (sebut: stad-huis). Kan main ramai manusia sebenonya masa nih. Cuaca pun cantik tapi hmmm panas terik! Aku teringin nak naik beca kat area sinih (berbaris beca menunggu penumpang) tapi perghhh mahal yang amat tambangnya!

Dari Stadhuys kami gerak lagik ke arah Kota A Famosa. Sengal lutut dibuatnya... dah lah lama tak bersenam tetiba plak kena naik tangga panjat bukit bagai duhhh kalo lah ada yang berbesar hati nak dokong aku kan best!

Habih layan Kota A Famosa kami gerak plak ke Istana Kesultanan Melaka. Hahaha best ajer tetiba dah macam pelancong aku ngan hubby nih. Okaylah tuh pelancong domestik gituh! Kat dalam muzium nih ada ditempatkan barang peninggalan masa zaman Kesultanan Melaka (ehhh Keris Taming Sari tadak!). Untuk mereka yang agak buta sejarah Kesultanan Melaka bleylah pegi melawat yeak...

Habih jenjalan sampai lenguh kaki maka kami jenjalan mencarik makan plak... Hahaha dah dekat jam 5 petang baru teringat nak carik makan. Lepas makan kami terus gerak balik semula ke PD. Best lah dapat jenjalan Melaka walaupun sekejap... tapi tak sempat nak merasa asam pedas Melaka lah :(

Takkan jenjalan saja jer kat Melaka kan... apa aku beli??? Hmmm poskad gambo Melaka 5 keping! Hiksss cukuplah :D

No comments: