"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

16 February 2009

Travelog Haji

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
(Muhd Kamil Ibrahim)

Mengisi kebosanan seharian dengan membaca. Habis satu buku! Aku memang kalau membaca tak kiralah baca apa sekali pun memang tak menyempat nak tunggu habis. Lupa makan segala hanya semata nak habiskan bahan bacaan yang dibaca :)

Dah lama jugak beli buku nih (Disember 2008) tapi baru sekarang berkesempatan nak menyudahkan bacaan. Hmmm aagaknya tentu ada yang tertanya "aikkk apa kes baca buku haji???". No... it's not only about hajj." Ada sesuatu yang tersembunyi dalam buku tuh sebenarnya... aku suka! Sungguh tersentuh hati... berapa banyak air mata tumpah pun tatau lah!

Teringat kenangan seumur hidup sewaktu menunaikan umrah tahun 2000 dulu. Memang tak terucap oleh kata-kata. Bila baca pulak travelog haji Professor Muhd Kamil nih aduhhh lagilah tersentuh hati aku nih! Travelog nih bukan setakat bercerita kosong... itu yang buat hati aku meruntun sayu! Hmmm tetiba akal dan fikiran dapat merasakan macam nak jadi tetamu Allah lagik... insyaAllah.

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk."
(Surah Ali Imran, ayat 97)

No comments: