"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

18 March 2009

Jenjalan makan²

Cerita dah basi sket...

Harituh balik kampung (cuti MaulidurRasul) sajalah dok bawak emak berjalan ke sana ke mari. Tujuan asal sebenonya emak nak beli henbeg ngan sandal buat pakai masa nak gi Cardiff nanti. Hmmm dalam pada berjalan ke sana ke mari tuh maka kami berempat sempat singgah makan + lepak kat Secret Recipes. Wahhh kat Kluang dah ada Secret Recipes... ada Big Apple Donuts jugak!!! Hmmm emak nak makan donuts tapi nak makan jugak karipap besar gabak kat Secret Recipes tuh... makanya aku tapaukan donuts half dozen dan bawak emak lepak kat Secret Recipes makan karipap!

Macam biasalah kan... aku memang kena enterprem!!!
Huhhh muka aku berkilat kan main...

Belanja emak makan karipap tapi Dik Own plak yang over... amboi amboi amboi!!! Oh ya nama karipap tuh Chicken Cornish (Spicy) kalo tak silap aku. Hmmm aku pun tak pernah makan sebelum nih tapi dah harituh emak teringin nak makan makanya dapatlah jugak aku merasa sama. Sedap jugak inti dia tuh dan nampak gayanya lepas nih karipap SR bley masuk senarai nih. Bley tak kalo aku kata... no more to karipap singgit Ikea!

1 comment:

nouryssa said...

Saya dah lama gilakan Cornish tu Lyana..tp lagik suka yang original...