"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

27 March 2009

Puisi Suami Isteri :)

Puisi halus dari suami bila nak mintak kawin lagik...

Isteriku
Jika engkau bumi akulah matahari
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku
Ingatlah bahtera yg kita kayuh begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi
Hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku

Lalu
Relakanlah aku menyinari planet lain
Menyampaikan faedah adanya aku
Kerana sudah takdir Illahi
Sinaranku diperlukan di planet lain



Nahhh amik balasan puisi dari isteri...

Suamiku
Andai kau memang mentari
Sang suria yang memberi cahaya
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu
Kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan
Aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu

AKAN TETAPIIIIII...
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
Janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita
Di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti
Cuba lihat siapa dirimu

MATAHARI atau lilin???
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Please lah... janganlah nak berangan!!


Credit to: Ami (TripleOne Matriks UUM 95/96)

cHiQuE:
Hahaha jadik para suami sedarlah diri yeak samada awak tuh matahari ker lilin ker mancis ker??? Lu pikirlah sendirik...

No comments: