"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

02 April 2009

Am sooo excited!!!

Hmmm esok ada dating!!! Hehehe macam tak sesabar. Tadik petang balik keja terus bawak "bluberiti" gi mandi manda. Dah sebulan rasanya dia tak mandi. Berkarah kan main! Dah lah esok nak gi amik awek kat umah dia... karang awek kata apa plak tuan keta kan main comel tapi keta comot tak hengat!!!

Esok pagi sebelum gi kerja nak kena kasik "bluberiti" minum petrol sampai penuh!!! Hmmm maklumlah aku bukan reti sangat nak drive ke Bangsar sana nun. Kot lah kan tetiba sesat barat ker hapa maka idok ler aku menggelabah nak mencarik petrol station plak.

Tapi sebenonya kan... aku pun macam risau gak nih. Aku manalah penah nak gi jenjalan sendirian berhad. Paling koman pun mesti ada escort (hubby ler!). Hmmm tuh yang macam seronok pun ada takut pun ada gak. Seronok sebab dah lama rasanya aku tak jumpa awek tuh (last sekalik masa raya dua tahun lepas). Takut sebab tak tau lah kenapa... Hmmm kot lah tetiba kan lepas jumpa awek nih aku tak updet blog dua tiga hari maka pepandailah korang tolong gi repot polis yeak... manalah tau kan! Serius nih aku tak tipu... tolong yeak.

Hmmm wokeylah till then... babai!

No comments: