"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

24 August 2009

1st 3 days of Ramadhan

~Sabtu~
Sahur??? Hmmm masak sardin untuk hubby jer. Aku makan apam kukus... Diet??? Hahaha xde maknanya!! Huhuhu sadisss btol kan menyambut Ramadhan ngan lauk sardin. Dah lama tak makan sardin sesekali makan best wooo... tak caya???

Hmmm seharian tak buat hapa pun. Dok umah layan 5 episod Boys Over Flowers. Sampai ke petang baru teringat nak gi beli barang dapur sesikit. Tuh pun keluar umah dekat pukul 4 petang. Takat gi Giant Bandar Kinrara sajork. Siap gi hantar barang (pesanan mee sehati sejiwa yang dah dekat sebulan tertangguh) kat umah Ika. Pastuh singgah gi beli makanan Coca plak. Singgah Pasar Ramadhan kat Puchong Prima. Berbuka apa yeak??? Hmmm nasi tomato (hubby), nasi ayam (aku ler!), karipap dua ketul, apam kukus seketul, kuih karas seketul, kuih taik minyak (apa ke nama kuih nih tatau plak) seketul ngan tauhu cedok (taufufa) semangkuk. Hmmm banyak ker??? Hahaha biasalah semangat makan hari pertama puasa memang macam tuh... Tiada sebarang pembaziran makanan berlaku di hari pertama :D


~Ahad~
Sahur??? Ayam masak merah ngan ikan patin gulai tempoyak. Perghhh semangat bersahur di hari kedua. Masak sendirik??? Hahaha aku masak sendirik pakai dapur kat luar!!!

Lepas sahur langsung tak tido terus melayan sambungan Boys Over Flowers lagik 5 episod. Dah tengok banyak kali sebelum nih pun tak pepuas lagik. Siap berjurai air mata lagik tuh. Tengahari keluar gi Kamdar IOI Mall kengkunon nak carik baju raya. Bukan untuk diri sendirik sebenonya tapi untuk sepupu sepapat dan mak sedara (Fatin dan Fatihah plus Cik Mimi) kat kampung sana nun. Ishhh takde yang menariks pun kat situh then terus ke Carrefour Subang Jaya. Sebelum nih kat Carrefour tuh banyak jer pilihan tapi sekarang adehhh yang cecantik semua dah naik harga. Gerak ke Giant Seksyen 13 plak. Adehhh sama jer takde yang menariks dan murah. Cemana nih??? Nampak gaya kirim duit ke kampung ajerlah pastuh nanti pepandai diorang gi carik baju raya sendirik. Okay gak kan???

Berbuka??? Hmmm beli nasi lemak plus bihun goreng (dedua hubby punya!!!), apam kukus tiga ketul (semalam makan macam best jer), karipap dua ketul ngan lepat pisang seketul. Aku punya??? Hmmm tetiba rasa macam nak masak mee bandung muar plak so balik umah masak sendirik lah...


~Isnin~
Sahur??? Sup ayam plus kari ikan merah. Adehhh semangat makan btol kan tapi tuh lah harinih aku udah MC sementelah sakit pewot. Tak tau lah salah makan ker hapa ker. Punca makan masa berbuka ker masa sahur ker pun tak tau plak. Nak kata makan banyak sangat idok jugak. Hmmm walaupun MC tapi aku tetap berpuasa wokey... semangat gituh!!!

So apa plan harinih yeak??? Hmmm rasa macam Jalan TAR memanggil ajer tuh... hahaha :))

No comments: