"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

23 September 2009

AidilFitri (Part 5)

AidilFitri Day 4

Harinih last day kat Kuale. Kengkunon plan nak gerak balik Puchong pepagi dengan harapan dapat terus balik ke Kluang tapiii nan ado!!! Pagi² pun pukul 11 baru gerak dari umah...

Sempat singgah Gopeng melawat Atok ngan Opah Bi. Hahhh nak singgah Gopeng nih pun ada cerita sadisss yang mana telah mengakibatkan pembaziran masa hingga menyebabkan tak dapat balik Kluang hari yang sama. Bley tak masa nih hubby terus ajer drive melepasi exit Gopeng padahal dah diberitahu awal² yang aku nak singgah melawat Atok ngan Opah Bi. Hanginnn jer satu badan masa tuh. Nak tak nak kena exit Tapah then patah balik ikut jalan kampung ke Gopeng. Kat situh ajer dah buang masa sejam lebih. Kesabaran ajer kan??? Sampai Puchong pun dah lewat petang so esok sajork lah baru balik Kluang... tensen btol!!!

Inih Coca sesampainya kat Puchong. Punyalah kesian rupa dia sampai melepek ajer padahal Coca nih hiperaktif kemain lagik. Memang penat sesangat lah tuh...

Kira raya keempat nih tak buat apa pun hanya semata dok dalam keta Kuala Kangsar - Puchong then sampai umah bantai tido tak hengat!!! Raya sungguh...

No comments: