"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

02 September 2009

Dapat duit raya plak ;)

Baru dua minggu puasa aku dah dapat duit raya dari LHDN. Yeayyy!!! Hmmm rakyat bertanggungjawab aku nih sebenonya tau. Tetiap tahun tak pernah miss bayar cukai tau. Tak sesia bayar cukai dan dipulangkan balik lah plak. Hubby dapat gak cek dari LHDN tapi idok ler sebanyak yang aku dapat... huhuhu hubby jelesss lah tuh kan???

Kira duit nih nanti bleylah buat belanja raya nih. Kasut baru??? Henbeg baru??? Owhhh tidakkk... aku cadang nak belanja ayah, emak, DikOwn dan Acik sefamily berbuka puasa nanti. Wiken nih kan Selangor cuti panjang sempena Nuzul Quran so aku akan gerak balik kampung lah. Dah suruh DikOwn booking Resthouse atau SDS tapi pompuan tuh meleceh plak. Tak merasa aku belanja nanti baru tau :p

cHiQuE:
Hmmm bahagian Along, Kak Long, Caca, Yaya ngan Fafa tunggu tahun depan ajer lah yeak. Doa²lah mudah²an Angah dapat duit raya dari LHDN lagik nanti :D

No comments: