"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

11 September 2009

Makan² Buka Puasa (Part 7)

Jumaat - 11 September 2009
Kenny Roger's Roaster, Midvalley Megamall
Motif: Ayam!!!

Sebenonya harinih aku tak berapa sihat (suhu badan agak panas sket, batuk² sederhana plus selsema lite²) tapi menggatal nak keluar rumah pegi jenjalan. Motif utama?? Hmmm melawat butik Tous kat MidValley sesambil menyumbang wang ringgit kat MPH :D

Sebelum berbuka puasa sempat lepak baca novel dulu. Hubby belikan (kena bayar balik ker???) dua buah buku yang bapakkk tebal untuk aku. Satunya novel "Bila Cinta Bertasbih" dan satu lagik buku cerita "25 Rasul & Nabi". Aku memang tak tahan mata kalo tengok buku tetebal nih. Ituh yang nak jugakkk!!! Bukan apa kalo beli buku atau novel nipis² nih nanti setengah hari aku dah habih baca ;)

Mine :D

Hubby's :D

Pose sebelum melantak ayam KR. Hmmm orang² meja lain aku tengok kemain makan ayam pakai pisau ngan garfu. Aku??? Apa kesss nak pakai menda tuh semua... aku pakai tangan jer lah!!! Baru feel nak hongges ayam tuh sehingga menjilat jari ;)

No comments: