"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

20 September 2009

Salam AidilFitri

~This is sticky mode post until 20/09/2009. TQ!~

Sowieee kami takde gambo pakai baju raya :D

Macam biasalah kan asal nak raya maka kenalah bagi ucapan selamat plus ampun maaf kat semua umat manusia. Maka dengan ini saya (hmmm orang banyak buat salah memang kena guna bahasa lemah lembut gituh so tak bley guna perkataan aku - nanti emak marah!) nak mintak maaf bebanyak zahir batin dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki kat semua. Mintak dihalalkan segalanya termasuklah makan minum, wang ringgit dan apa saja lah yang berkaitan.

Sepanjang hidup nih saya sentiasa cuba untuk jadik manusia terbaik maka mintak maaf bebanyak jugak buat sesapa jua yang ada terasa, terguris, tercalar dan termakan hati ngan saya. Setiap manusia tuh memang tak lepas dari melakukan kekhilafan termasuklah diri saya yang kerdil (plus comel) inih. Insya Allah saya akan terus mencuba untuk memperbaiki diri dalam usaha menjadi yang terbaik.

Untuk sesapa yang nak balik beraya di kampung tuh jangan lupa untuk berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mematuhi undang² lalulintas. Ingatlah orang yang tersayang. Semoga kepulangan kalian (termasuk saya jugak) dinanti dengan senyuman dan bukannya tangisan.

Untuk mereka² yang beraya di perantauan pulak hmmm jangan sedih² sangat yeak. Sila² lah layan diri dengar lagu Dendang Perantau nyanyian Tan Sri P.Ramlee untuk mengubat lara di hati... huhuhu ;))

Sekian saja ucapan raya ringkas dari saya untuk tahun nih. Insya Allah saya akan muncul depan pagar rumah ayah emak di Kluang, Johor Darul Takzim pada petang raya keempat (23/09/2009) atau pagi raya kelima (24/09/2009) dan akan beraya di sana sehingga raya kelapan (27/09/2009) so untuk kengkawan yang balik beraya di Kluang nanti jemputlah datang beraya ke rumah ayah emak saya yeak :D

Diharapkan semoga kedatangan Syawal kali ini akan memberi keceriaan, kemeriahan, kebahagian dan seribu rahmat kepada kita di dunia dan di akhirat kelak. Akhir kalam... jangan main mercun!!!

Salam sayang serta ampun & maaf,


Desa Impiana, Puchong, Selangor Darul Ehsan.

No comments: