"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

18 September 2009

Takde kaitan langsung!!!

Hmmm dua tiga hari nih memang blog aku macam meriah ajer. Bukan meriah nak menyambut raya tapi meriah dengan kehadiran mereka² yang bloghop gituh. Bukan setakat dari dalam negara malahan melimpah ruah sampai ke mereka² yang ada kat luar negara. Memula aku pun macam pelik jugak. Cuba cek kat FeedJit rupanya mereka² udah search nama seseorang ituh dan seperti biasalah kalo dah search engine tuh ada senaraikan blog aku sebagai salah satu page yang ada cerita pasal seseorang ituh makanya ramai lah yang berkunjung gituh. Nak tau cerita lah tuh kan???

Hmmm cuma macam nih lah aku nak bagitau yeak yang aku tak terlibat pun dengan memana pihak dalam isu yang hangat di pasaran sekarang nih. Kalo korang² (yang udah bloghop menggunakan search engine ituh) perati bebetul post aku berkenaan seseorang ituh dah dibuat pada beberapa tahun dolu (ker tahun lepas? bayangkan aku pun dah lupa tarikh sebenar makanya kira dah lama gilosss lah tuh!) dan isu yang dok hangat kat sotkabar ngan internet tuh baru dua tiga hari nih jer kan??? Sooo apa kaitan aku dengan ini cerita??? Jangan kata bau² bacang... bau² durian pun takde langsung!!!

Aku suka jer sebenonya kalo korang² berkunjung memeriahkan blog aku nih tapi aku mintak sesangat lah kat mereka² yang udah bloghop blog aku nih janganlah sebab isu hangat tuh korang bantai aku jugak dengan menghantar komen² yang macam lah aku ada kaitan idup dan mati ngan seseorang ituh. Tak suka tau!!!

Hmmm pahamkan??? Ker nak aku type baser omputih??? Spanish???

No comments: