"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 September 2009

Tok Haji, Tok Lebai & Tok Imam

Adapun setelah solat Jumaat berjemaah, Tok Haji bertemu ngan Tok Lebai dan Tok Imam di beranda masjid. Sambil berbual kosong Tok Haji sempat jugak nak test ilmu Tok Lebai dan Tok Imam.

Haji: Lebai, Imam, saya waktu naik haji dulu, ada pak Arab Mekah ajar ilmu spesel.
Lebai: Ilmu apa tuh Haji?
Imam: Ilmu agama ke?
Haji: Ilmu jurus bela diri sket.
Lebai: Aikkk bila masa pak Arab reti bersilat.
Imam: Tunjuklah sket.

Maka Tok Haji pun mengeluarkan keris pendek lalu dikibas²kan ke sekor lalat yang berlegar di atas kepala Tok Imam, tetiba jatuh lalat tu yang terbelah jadi dua bahagian ke atas lantai depan mereka bertiga.

Haji: Amacam boleh buat ke?
Imam: Boleh tahan ilmu tuh.
Lebai: Hek eleh setakat ilmu tuh saya lagi terer. Bak sini keris tu.

Maka Tok Lebai pun melibas²kan keris tu kepada sekor lalat yang melayang berhampiran mereka lalu lalat tu pun jatuh dan terbelah kepada enam bahagian.

Lebai: Amacam Pak Imam? Saya lagi terer daripada Tuan haji kita nih.
Haji: Pergghhh Lebai belajar kat mana?
Imam: Hmmm hulur kejap keris tu.

Tok Imam pun meminjam keris Tok Haji dan dilibas²kan keris itu kepada sekor lalat yang kebetulan melintasi pandangan matanya. Setelah itu lalat itu hampir jatuh tapi sempat lari berterbangan meninggalkan mereka bertiga.

Lebai: Aikkk takkan tak mati lalat tu. Ingatkan Pak Imam lebih terer.
Haji: Haah lah kot iyer pun Pak Imam, paling cikai mau terbelah sepuluh ker limapuluh ker. Apa daaa???
Imam: Kamu masih mentah lagi. Korang berdua tak nampak ke aku sunatkan lalat tuh?

Tok Imam pun berlalu pergi meninggalkan Tok Lebai dan Tok Haji terlopong...

Moral of the story:
Jangan berlagak ilmu kita yang ciput sebab ada orang yang ilmunya lebih banyak daripada kita :D

No comments: