"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

09 October 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat.

2. Sabar apabila mendapat kesulitan.

3. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan.

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.

8. Jangan dengki dengan kekayaan orang.

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang.

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.

11. Jangan tamak kepada harta.

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan.

13. Jangan hancur kerana kezaliman.

14. Jangan goyah kerana fitnah.

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.

17. Jangan sakiti ayah dan ibu.

18. Jangan usir orang yang meminta-minta.

19. Jangan sakiti anak yatim.

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar.

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah swt (masjid).

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu dan berjamaah di masjid.

25. Biasakan solat malam.

26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah swt.

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.

28. Sayangi dan santuni fakir miskin.

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah swt.

30. Jangan marah berlebih-lebihan.

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.

32. Bersatulah kerana Allah swt dan berpisahlah kerana Allah swt.

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir .

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan meminta maaf apabila tidak dapat dipenuhi atas sesuatu sebab.

35. Jangan mempunyai musuh kecuali dengan iblis / syaitan.

36. Jangan percaya ramalan manusia.

37. Jangan terlampau takut miskin.

38. Hormatilah setiap orang.

39. Jangan terlampau takut kepada manusia.

40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala.

41. Berlaku adil dalam segala urusan.

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah swt.

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala.

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.

45. Perbanyakkan silaturrahim.

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.

47. Bicaralah secukupnya.

48. Beristeri / bersuami kalau sudah siap segala-galanya.

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu.

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin.

52. Sediakan waktu santai untuk bersama keluarga.

53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan.

54. Hormatilah kepada guru dan ulama.

55. Sering berselawat kepada Nabi saw.

56. Cintai keluarga Nabi saw.

57. Jangan terlalu banyak hutang.

58. Jangan terlampau mudah berjanji.

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna.

61. Bergaul dengan orang-orang soleh.

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi.

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain.

71. Jangan membiasakan berkata dusta.

72. Berlaku adil walaupun kita sendiri akan mendapat kerugian.

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita.

76. Jangan membuka aib orang lain.

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita.

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan.

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang.

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.

87. Akrablah dengan setiap orang walaupun yang berkaitan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita.

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu.

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban.

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri.

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

cHiQuE:
Buatlah mana yang termampu tapi kalo dapat buat semua skalik lagik bagus :-bd

No comments: