"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

22 October 2009

Deepavali... ammaaa (Part 2)

Tak menyempat sungguh aku nak post entry sambungan Deepavali arituh. Nah ambikkk...

Lepas majlis makan² pagi kat umah Kila tuh kami terus gerak gi Jalan Masjid India. DikOwn nak mengambik bekalan Tudung Murni dari Abang Taher. Kemain berkodi diborongnya dari Tudung Murni sampailah ke Tudung Siti. Memandangkan harga yang amat murah makanya aku pun pow jugak dan masih blom bayar lagik. Sila masuk buku tiga lima yeak... hiksss :D

Selamat segala urusan kat Jalan Masjid India kami bergerak ke lokasi seterusnya - Pavilion. Hmmm kesian plak memasing (except aku ngan hubby lah!) tak penah jejak Pavilion. Kebetulan dah ada dalam area KL so sekalik harunglah. Bukan buat apa pun kat situh... takat jenjalan beli-belah tingkap sajork ;))

Lepas Pavilion gerak ke Sunway Pyramid plak. Dah katanya aku duta SP kan makanya kenalah singgah jugak walaupun sekejap gituh ehem ehem. Hmmm kat sinihlah Tragedi Oktober berlaku. Sekuntum bunga kat sandal "Crocs yang kerek" aku tuh dah hilang. Sungguh kecewa tahap dewa!!! Entah kat mana cicir pun tatau lah...

Bukan buat apa sangat pun kat SP. Makan makan makan pastuh aku ngan hubby lepakkk baca buku kat MPH. DikOwn ngan Rizal ngan kakak (adik Rizal) entah ke mana berjalan. Yea gituhlah selalunya aku ngan hubby. Kalo takde plan apa tapi menggatal nak ambik bau Sunway Pyramid makanya kami akan datang makan² pastuh lepak baca buku secara percuma kat MPH. Pepandailah bawak diri duduk kat celah² rak buku tuh ;)

Dekat Maghrib jugak baru balik rumah. Sampai rumah masih tak berenti gak aktiviti sebab aku dok galak pilih Tudung Murni untuk koleksi diri sendirik. Hahaha makan hati tokey tudung tuh... dah lah masuk buku tiga lima!!!

No comments: