"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

08 October 2009

He's not feeling well :(

Coca tak berapa sihat plak malam nih. Petang tadik balik dari buat keja kat Warehouse terus aku ajak hubby bawak Coca gi klinik for vaccination ngan dewormed. Semua orang kat klinik tuh termasuklah doktor hewan kemain kagum plus gerammm ngan Coca. Dah lah buat perangai baik diammm jer takde meow². Doktor cek kulit, telinga, gigi ngan idung semua okay takde masalah.

Balik umah memula memang Coca still aktif tapi lelama nampak macam lemah jer. Jalan sket dah duduk / baring. Pastuh siap tido kemain lena kat bilik kecik (2nd room) yang memang tak penah² dia teringin nak landing pun. Badan pun macam ada panas sket. Doktor memang dah bagitau lepas vaccination tuh ada kemungkinan kucing akan demam. Kira daddy dan mommy dah bersiap sedia lah nih...

Kat klinik tadik doktor bagitau dan aku ngan hubby baru tau rupanya Coca nih spesis (breed) British Longhair. Hamboiii English cat gituh rupanya. Baguslah kira dalam umah nih semuanya berdarah kacukan gituh - daddy Bugis + Pakistan plus mommy Jawa peranakan hahaha :))

No comments: