"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

11 October 2009

Potlucking & Gossiping Raya

Tarikh: 10 Oktober 2009
Tempat: Puan Sri Arnee's, Seremban 2
Waktu: 8 malam onwards

Terima kasih buat tuan tanah - Tan Sri dan Puan Sri yang mengizinkan kengkawan huha² Puan Sri bergossip raya kat umah. Punyalah gegak gempita bergegar hampir 5.0SR... tak tau nak cakap. Tuh baru beberapa orang yang berkumpul (20??? 30???). Ramai kalu harus gegaran 7.6SR kat umah Tan Sri dan Puan Sri tuh.

Memandangkan konsepnya adalah potlucking makanya punyalah banyak makanan sampai tak cukup ruang perut. Ditambah plak lagik ngan kambing golek panas². Aku ajer hmmm 2 kali round. Opsss bukan 3 round ker??? Ehhh ker 4 round??? Hahaha hanya tuan tanah yang mengetahui :))

Tak cukup dengan makan makan makan ditambah plak dengan gossip gossip gossip (round table lagik tuh!!!) tapi kami bergossip berdasarkan fakta dari sumber² yang bley dipercayai gituh ecececehhh. Sib baik aku datang idok kalu jenjangan aku pun jadik bahan gossip kot hehehe ;))

Hampir 12 malam baru memasing gerak balik (tak reti² nak balik umah sendirik???). Bagi pihak tuan tanah aku nak ucapkan terima kasih buat kengkawan yang sudi memeriahkan majlis. Bukan dekat² nak datang tuh. Ada yang dari Ampang, Sungai Buloh pun ada, Puchong, Cheras, Shah Alam dan merata ceruk lagik lah. Makasih jugak buat tuan tanah suami isteri yang berbesar hati bagi pinjam dapur plus pinggan mangkuk plus Tupperware untuk sesi hidang menghidang. Insya Allah next time bley buat lagik... kan???

No comments: