"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

23 October 2009

Saki baki kuih raya

Owhhh dah habih raya AidilFitri yeak tapi AidilAdha blom menjelma lagik makanya bley kata masih ada jugaklah belen² mood raya tuh termasuklah jugak belen² kuih raya ;)

Hmmm bila dah habih raya selalunya memang saki baki kuih raya lah yang menjadi idaman kalbu. Memandangkan aku peminat tart nenas nombor satu makanya takde kuih lain kat umah aku tuh selain kuih tart. Cuma yang menjadi masalah aku adalah bila tart nenas tuh dah tinggal sikit rasa sayang plak nak makan...

Aiyokkk tinggal lapisan terakhir ajer nih. Kuih tart nenas nih emak beli dari kawan dia nama Auntie Maya. Tetiap tahun pun memang akan order kuih nih sebab aku sukaaa!!! Tart nenas nih lain dari yang lain sket sebab atas dia tuh ada cheese. Aku kan gila kentang cheese!!! Jangan tak caya kalo aku kata sebalang kuih nih memang aku melantak sorang. Kalo hubby ada makan pun mungkin tak sampai lima bijik kot. Sila tengok size badan aku lah ;))

cHiQuE:
Hmmm soalan cepumas untuk diri sendirik - bila nak start diet nih??? ~LOL~


No comments: