"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

25 November 2009

Dating @ Otak² Place

Last Friday balik keja terus ajak hubby dinner kat Otak² Place. Sekarang nih ada promotion untuk semua staff CNI - 50% less dari harga makan minum. So apalagasss tak tunggu lama sebelum promotion berakhir terus ajer zass ke IOI Boulevard, Puchong.

Sila abaikan muka comel aku yang bulat ituh. Nih pemandangan kat luar Otak² Place. Dari luar pun dah nampak macam cantik jer kedai makan tuh. Jommm masuk dalam...

Walaweyyy memang cantik!!! Sungguh menenangkan jiwa tak serabut serabai sana sinih. Sukaaa...

Menunya lebih banyak dari Pick & Brew. Pastuh kira menepati selera lah. Lagipun bley kata kebanyakan ofismet yang datang bagitau memang bley tahan jugaklah rasa makanan kat Otak² Place compared ngan kat Pick & Brew. Aku order Curry Laksa ngan air Berries apa ntah lupa plak. Hubby order Nasi Lemak Ayam Rendang ngan Soya Cincau. Setelah mencuba hmmm okaylah kot... twinkle² little star *

Kalo korang nak cuba silalah ke IOI Boulevard (seberang jalan jer ngan IOI Mall Puchong). Kedainya bebetul kat bahagian tengah sebelah dalam. Ada banyak menu menariksss... cuba jangan tak cuba :D

No comments: