"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

24 November 2009

Diet versi cHiQuE

Hmmm dah lama tak turun cafe untuk lunch. Aku tengah diet sebenonya nih - tak nak makan nasi kunonnya. Serius aku dah gedebab ala² KungFu Panda nih korang tak tau. Disebabkan kecomelan mengatasi kedebaban makanya korang tak perasan lah gituh...

Sebab tak dapat makan nasi (beserta lauk ayam!!!) setiap waktu tengahari makanya aku gantikan dengan makan roti. Luckily aku memang pemakan roti berjaya so takde lah susah sangat nak telan roti akibat tak dapat makan nasi. Roti pun sodappp!!! Pepagi sebelum pegi keja tuh sesiap buat tuna sandwich plus roti peanut butter. Perghhh heavennn tau :D

Cuma yang menjadi masalahnya sekarang adalah... aku tak makan nasi sepinggan tapi aku gantikan dengan bukan sekeping dua tapi dengan enam keping roti setiap hari!!! Walaweyyy diet kunonnn...

cHiQuE:
Sila salahkan hubby aku yang rajin nak pegi beli roti setiap hari... kekeke ;))


No comments: