"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

27 November 2009

It's AidilAdha (Day 1)

Raya haji tak rasa excited sangat macam raya puasa makanya sambut kat Puchong dulu. Pegi sembahyang raya kat masjid Puchong Perdana. Ramai yang amat umat...

Sempat bergambar lagik suami isteri kat tepi tasik dengan bekgron masjid Puchong Perdana. Dedolu kan masa pegi umrah ginih gayalah pesen yang aku pakai. Dalam baju kurung dengan seluar panjang pastuh luar sarung ajer ngan telekung. Pakai socks sesiap agar mudah nak solat nanti. Rasa macam comel jer pakai macam nih. Angin plak masuk di mana² jua arah yang dia suka ;))

Lepas sembahyang raya balik umah sesiap kemas barang untuk dibawa balik Kluang. Dah harituh raya puasa balik Kuale (kampung hubby) makanya tak reti² nak balik kampung sendirik???

Kemain lena Coca tido. Nih dia baru lepas mengaruk sebenarnya. Kami berenti kat R&R Seremban for lunch. Macam biasa tinggalkan Coca dalam kereta dengan tingkap terbukak sket tapi agaknya terlampau panas kot tuh pasal bila aku ngan hubby balik ke kereta kemain dia gelisah. Kesian btol. Itu yang lepas bukak ekon dan keta berjalan barulah dia diam sket dan bantai tido sampai Kluang. Dasar kucing empat musim btollah...

Safely arrived Kluang about 3pm. Penattt dengan jem dari Nilai sampai Seremban tapi berbaloi sebab emak dah sesiap masak lauk raya sesedap. Itu yang rasa kalo boleh memang tetiap tahun (kalo boleh tetiap hari) tetiap raya (kalo boleh tak musim raya pun) nak balik Kluang jer sebab emak memang dah menanti ngan masakan yang sungguh mavelesss ;)

No comments: