"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

14 November 2009

Makan² @ Desa Impiana

Last Saturday (7 November 2009) aku dan hubby ada buat makan² untuk kengkawan dan sedara mara terdekat. Saja jer nak menjamu sebenonya dan takde apa² sebab pun. Dah lama nak ajak kengkawan dan sedara mara datang makan² tapi manjang yang asyik tak berkesempatan. Pikir punya pikir dan kebetulan plak 7 November tuh jugak jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan ayah dan emak yang ke 35 tahun makanya aku decide teruskan ajerlah niat yang suci murni ituh.

Majlis bermula jam 2.30 petang. Alhamdulillah ramai jugak tetamu yang datang (plus minus 70 orang kesemuanya). Ayah, emak, DikOwn dan Fatin sanggup datang bertolak jam 10 pagi dari Kluang. Kengkawan dari jauh dan dekat pun turut sesama memeriahkan majlis. Memula memang aku takut jugak kotlah takde sapa yang datang nanti dan risau jugak kalau² makanan tak cukup. Maklumlah orang tak pernah buat majlis gituh tapi alhamdulillah majlis memang meriah plus takde sebarang pembaziran makanan berlaku.

Memandangkan aku blom ada island kitchen (hahaha) makanya majlis terpaksa diadakan kat poolside @ Club House sajork. Kira okaylah tempat pun luas dan jemputan aku idok ler ramai bebeno. Kira ngamho lah!!! Pastuh sesi nak ambik gambo pun senang sebab pemandangan sungguh cantik. Siap disediakan photographer bertauliah lagik percuma gituh hehehe. Selain memuji kawasan kediaman sendirik, cuaca petang tuh jugak sungguh memahami walaupun ada kala berarak mendung kelabu gituh.

Terima kasih banyak buat semua tetamu yang hadir tak kira samada dari jauh dan dekat. Mintak maaf bebanyak andaikata ada yang terkurang makan, minum dan layanan. Insya Allah kalo diizinkan mewah rezeki dapat island kitchen makanya dapatlah saya jamu kengkawan lagik. Harap² next time lebih ramai lagik tetamu yang dapat diundang. Harap jangan serik yeakkk...

No comments: