"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

26 November 2009

Perangai adik beradik

Read below entry kat blog DikOwn...

dah lewat petang ni aku jumpa lagi satu artikel yg memang sangat2 menarik..dan frankly speaking aku sangat suka pada penulis artikel ni merangkap penulis blog yg dapat memberikan info yg SANGAT bagus..kat bawah nanti aku bgtau aku amik source segala info yg aku dapat ni dari mana eh..pape pun, syukran GH Syukri atas segala maklumat yang diberikan dan dapat dikongsikan bersama =)

artikel yang aku nak kongsi kali ni berkaitan dengan rahsia perangai adik-beradik dalam keluarga kita..ye la kadang kita tengok yang along tu perangai macam tu, kak ngah macam tu, kak de plak macam tu dan adik plak lagiiiiii la macam2..

Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
•anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
•sering berjaya dalam hidup.
•lebih pandai mengambil hati orang tua.
•mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
(erm...along aku kat Cardiff tuh ada tak ciri2 macam ni? erm ada ada..dia memang dah berjaya, bakal DR..erm bertanggungjawab? ishh confirmlah..tengoklah family dia, siapa dia sekarang ni..pelindung? sudah tentu! yang buat aku rasa along ni pelindung, masa dia hantar aku kat basten Cardiff yg aku sorang2 nak ke Heathrow balik Mesia tu..nampak sangat dia risau nak lepaskan aku masa tu..huhu..tapi napa along tak nanges ek? )

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
•lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
•lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
•suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
•sering merasakan diri mereka terpinggir.
•terlalu mengalah
(erm..kakak aku plak anak tengah..kat atas tu bgtau kalau anak tengah bukan favorite..tapi aku rasa, kakak aku tu favorite dalam keluarga aku la..erm malas nak tulis selanjutnya..haha dia buatlah apa saja, semuanya baik di mata mak ayah..grrrr..bab berdikari tu aku setuju sangat2..sebab lepas aje dia habis belajar, mak & ayah dengan selamba je lepaskan dia kerja kat kl sorang2..pandai dia hidup susah senang kat kl nun...syabas sajan sahab!)

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
•happy go-lucky dan yakin diri.
•manja.
•berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
•sukar membuat keputusan sendiri.
(erm..dan aku merupakan anak bongsu..ishh...kalau dulu masa kecik2 org kata aku ni manja, aku leh accepted la..tapi ni dah besar dan bakal nak jadi kepunyaan org lain, tak mungkin aku manja lagi..tapi kalau nak kata aku ni keras kepala, 110% aku setuju..memang ada certain time cakap aku je yg betul dan cakap org lain semuanya salah..ishh jahat la engkau ni adik! erm pasal berkeinginan dan bercita2 tinggi tu pun aku setuju..aku memang nak jadi tu, jadi ni, nak belajar tu, nak belajar ni. nak pergi sana, nak pergi sini..tapi?? macam diberitahu kat atas tuh, aku sukar membuat keputusan sendiri..semuanya perlu dirujuk pada keluarga dan sampai ke hari ni, aku masih tinggal bersama mak ayah..erm ekceli aku nak cuba gak hidup berdikari macam kakak aku tu, tapi..ntahlah..walaupun umur aku dah macam ni, agaknya aku ni tetap adik bagi mereka..uwaa...pas kawen aku nak pegi jauh2 la...along, awak balik Mesia adik pulak eh pegi jalan jauh2??)

Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
•sering merasakan diri mereka kesunyian.
•lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
•lebih bijak bergaul.
•lebih cepat matang.
•terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
•sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

erm baguskan segala maklumat kat atas ni..so, kat mana u ols berada..tengok2kan dan renung2kan..mana yg sama mungkin secara kebetulan..macam biasa, mana yg baik kita jadikan contoh dan mana yang tak baik, kita jadikan sempadan..kita aje lah yg boleh mengubah diri kita samada nak jadi baik atau nak jadi sebaliknya..

source : http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-perangai-anak.html


cHiQuE:
Aku anak yang tengah dan ciri² yang dinyatakan tuh macam semua pun betul kot tapi statement hok kaler merah yang DikOwn bagitau tuh hmmm no komen lah walaupun rasa macam banyak nak komen. Lets bygone be bygone ;)


1 comment:

adique said...

huhu betul tu...lets bygone be bygone..tp kita jeles la awk dpt keje kat kl sana nun, hidup berdikari, susah senang sendiri, nak merasa gak...tapi tak pe la..dok kat sini pun okeh, mak ayah dekat...raya tak risau nak balik kg ke apa ke..huhu tunggu je la tahun depan camne..pape pun, awk kn memang favorite kn...nasi impit, rendang, kari ayam dah siap dah...cepat balik!