"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

26 November 2009

Twilight Saga Novels

Sebenonya petang tadik takde langsung intention nak pegi tengok New Moon. Balik keja singgah Sunway Pyramid kengkunonnya nak pegi usha novels Twilight Saga. Lagipun dah lama tak baca novel omputih so harap² dengan adanya novels tuh nanti dapatlah aku polish baser omputih aku yang dah berkarat nih ;))

Memula pegi MPH hmmm sirinya tak complete. Ada siri yang takde plak. Maklumlah gila tamak nak beli semua sekalik harung. Aku nih kan spesis cerewet nak mampusss so tak nak lah nanti bila beli sesikit tetiba tak sama size ker hapa ker. Maklum dia kan ada banyk printing hok besar hok kecik hok sedang semua ada. Tak nak lah nanti jadik macam sequel LOTR dulu... punya tak sesabar nak beli set DVD belakang ada yang besar ada yang kecik (packagingnya ajerlah) tapi memang sakit mata aku wooo!!!

Gerak ke Popular plak. Satu siri - New Moon - takde plak. Adehhh lelain hok besar ada tetiba New Moon tinggal hok kecik sajork. Naheee naheee aku tak boleh terima macam tuh. So dari pening² kepala nantikan (aku tau lah aku nih manusia spesis cemana) makanya tak payah beli langsung. Tunggu ajer nanti New Moon suam² kuku kat pawagam tuh konfem ada lah novels tuh semua.

Gerak ke TGV dengan harapan dapat tengok New Moon bagi mengubat hati yang lara. Arghhh bley tak waktu yang kitorang (aku ngan hubby ler) nak tuh tinggal hanya satu seat available. Gila penuh!!! Lenkalik ajer baru tengok :(

Ajak hubby pegi IOI Mall plak doa² dalam hati kot² lah ada novels Twilight Saga kat Popular. Chehhh lagik tak banyak!!! Sudah²lah kan dah takde rezeki then terus pegi usha tiket New Moon kat GSC IOI Mall. Hahaha yang nih memang rezeki aku kot. Punyalah banyak lagik seats available dan tanpa membuang masa terus on ajerlah. Tak dapat novels tapi dapat tengok movie terus pun dah kira okaylah tuh...

Sungguh hepi dapat tengok New Moon. Kira awal jugak dapat tengok nih. Cuma masih ada rasa terkilan sket sebab tak dapat apa yang dihajati. Kat mana agaknya aku bley carik Twilight Saga novels nih yeak??? Kila bagitau kat MPH Subang Parade ngan Borders dah ada jual hok satu set sekalik harung punya tuh. Hmmm tak bley jadik memang kena pegi usha nih...

1 comment:

izza said...

try usha kat kinokuniya klcc..
i beli kat situ dulu...
box set,4 books in a box,and ada postcard size cover too..
total damage RM188..but totally like it! =)