"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

30 December 2009

Amboiii tingginya hidung!!!

Dunia dunia...

Sombongnya manusia itu
Apabila telah menjadi kaya, lupa pada asal usul
Hilang segala perasaan simpati
Hati dipenuhi dengan material-material
Tidak peduli dengan agama, yang penting duit penuh dipoket

Sombongnya manusia itu
Tatkala pangkat makin tinggi
Berjalan mendongak ke langit
Menghina orang sesuka hati
Tanpa disedari yang dibawah lebih berbakti

Sombongnya manusia itu
Dianugerahkan tuhan fizikal yang cantik
Menghina mereka yang hodoh
Dan bermegah-megah dengan kecantikan
Sedangkan hati busuk sekali

Sombongnya manusia itu
Memiliki segulung ijazah hebat sekali
Di rasakan diri bijak sekali
Semua dianggap kurang bijak
Dirinya sahaja amat mengetahui
Sedangkan ilmunya hanya sekecil nasi

Sombongnya manusia itu
Bermegah dengan anugerah
Kejayaan dicanang sana sini
Sedangkan jasa hanya sekali

Oh tuhan
Semoga kesombongan ini tidak melekat pada hatiku
Aku takut ku kan jadi seperti mereka

Kawan-kawan
Andai ku tewas dengan bisikan syaitan
Kau sedarkanlah aku


Sumber: Zool Ligakampung

Buat mereka² yang menyombong di luar sana - udah² lah tinggikan idung yang tak mancung mana tuh. Bukan dapat apa pun kalo menyombong nih. Kalo ko nak orang hormat kat ko maka ko pun kenalah hormat kat orang lain jugak. Hormat menghormatilah sesama insan. Peace no war V

2 comments:

Aidi-Safuan said...

huhu..ade lagi ke golongan yang menyombong especially dengan harta parent diorang? rasenyer cam da kurang la skarang nih. ke menyombong cara lain plak? hehe

cHiQuE CoMeL said...

@Aidi-Safuan
ishhh spesis manusia menyombong nih mcm tagline Astro gituh... mcm² ada...