"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

10 December 2009

Blood Type Diet (Part 1)

Diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.

Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A untuk mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B --> aku ler nih!
Individu dalam kumpulan darah B digelar sebagai The Nomad. Gelaran itu dikaitkan dengan sistem imun yang kuat dan sistem pencernaan yang fleksibel. Dalam diet mengikut jenis darah, hanya mereka dalam kumpulan darah B yang mendapat manfaat paling baik dengan produk tenusu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. Tetapi Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin serta meninggalkan ayam dan itik kerana ia kaya dengan sejenis lektin dalam otot tisunya yang menyerang aliran sistem darah dan berpotensi meningkatkan risiko strok selain mengganggu sistem imun.

Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau juga menyarankan mereka agar mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Kebaikan
- Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.
- Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.
- Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.
- Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.
- Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.

Keburukan
- Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.
- Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.
- Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.
- Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.
- Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.

Sumber: Blood Type Diet (BTD)

cHiQuE:
Arghhh tak bley makan ayam, tak bley makan itik, sardin dalam tin pun tak bley makan jugaklah ekkk??? Habisss nak makan apa nih??? Eskrem bley kot...


No comments: