"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 December 2009

Emosi tak bertempat :((

Huhuhu...

Baru lepas kol Citibank CitiPhone Banking. Kol untuk tutup satu kad kredit Visa emas sebab semangat baru tak mau ada lebihan kad dalam purse. Tak guna dan takde utang lagik dah dengan kad tuh. Instead of simpan dalam lemari ala² muzium baiklah aku tutup pastuh bley campak kad tuh dalam peti harta karun.

Kredit limit bley kata banyak gak cecah puluhan ribu raban dan belen point adalah dalam juta ribu juta (hahaha caya???). Memandangkan tak ingat pincode internet banking untuk redeem apa² yang patut makanya aku relakan kesemua belen point yang ada dalam kad tuh didermakan kepada charity. Up to you lah Citibank :D

Dah letak gagang telefon tetiba rasa macam sedih plak tengok kad tuh. Waddehek???!!! Kengkunon emo lah tuh. Lama gila dah sebenonya aku bersama ngan kad utang tuh. Dari utang keliling pinggang sampai utang habih langsai dia dok ngan aku. Menyesal ker aku tutup kad tuh??? Sudah² semua tuh hanya bisikan setan nak suruh menambah utang lagik tuh.

Sekarang nih hanya tinggal dua ajer kad utang ngan aku. Satu MasterCard dan satu lagik Visa. Cecukuplah rasanya sebab dedua tuh pun kredit limit bley tahan memang da bomb! Rasanya kalu kredit limit tuh bley tukar jadik wang ringgit memang konfem aku bley gelarkan diri sendirik Orang Kaya Baru (ker kaya utang???).

Okeyyy... semangat baru (bukan azam baru) nak kurang²kan berbelanja benda² barang² yang tak sepatutnya lebih² lagik menggunakan kad utang. Sekian terima kasih ;)

2 comments:

Didi Nadhirah said...

gud luck for azam br ni

cHiQuE CoMeL said...

@Didi Nadhirah
heheheh makasih makasih :)