"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

10 December 2009

Hancur bersepai

Semalam about 2am sewaktu aku ngan hubby dah lena di peraduan kami dikejutkan dengan bunyi kuat kaca jatuh bersepai. Kemain terkejut aku dibuatnya. Apa lagik CocaNur dah langgar kasik jatuh balang bunga kaca hadiah perkahwinan aku ngan hubby yang sungguh mahal gilos. Gerammm jer!!! Tak ingat sapa yang bagi balang tuh tapi aku tau memang mahal sebab gila berat lagik berat dari Coca.

Pastuh terpaksa lah aku ngan hubby bangun mengemas kaca² bersepai tuh tetengah malam buta. Tak penah² Coca nak panjat kabinet kasut tempat aku letak balang kaca tuh tetiba malam tadi dia panjat plak. Selalu kalo waktu orang tengah tido dia pun tido sama tapi tatau ngapa semalam dia hiper plak. Memang sekarang aku ngan hubby nak ajar dia cageless tapi dah ginih gaya nampak gaya memang kena grounded!!!

Pagi tadik bangun jer tido lepas aku keluarkan Coca dari cage terus dia dapatkan daddy dia. Entah apa yang dia meow² cakap kat hubby agaknya nak mintak maaflah tuh. Mungkin dia nak bagitau yang dia tak sengaja. Lagipun semalam masa dok mengemas tuh hubby ada jumpa kumbang. Dah nak jadik sebab agaknya Coca dok mengejar kumbang terbang sampai dia pun cuba lompat atas kabinet kasut yang agak tinggi tuh.

Kesabaran ajerlah kan... walaupun cuma sekor kucing tapi aku nih nak marah karang tak sampai hati. Bio daddy dia ajerlah yang setel jentik² telinga dia tuh. Hahhh lepas dah kena jentik tuh mulalah dia buat badan lembik² dengan muka comel... eeeiii gerammm jer!!!

No comments: