"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

29 November 2009

It's AidilAdha (Day 3)

Hidangan di pagi raya ketiga. Semua masakan dalam gambo di atas adalah hasil usaha peluh menjejes emak dan Mak Itam. Pepagi hari dah siap masak kari daging korban plus ikan apa entah masak asam pedas. Pastuh ada udang goreng kunyit. Ada jelly kenyal buatan tangan DikOwn ngan Big Apple Donuts. Aku cuma masak nasi jer pagi tuh hehehe :D

Nih masa tengah breakfast. Dah reramai tuh kan maka adalah lebih enak kalo dapat makan kat luar sesambil menghirup udara segar pagi hari di samping menatap tingginya Prime City Hotel Kluang.

Lepas breakfast aku ngan hubby sesiap kemas barang nak balik Puchong. Takut nanti balik lewat jem pulak. Firdaus dan Farrah akan ikut aku balik dan nanti tinggalkan diorang dua beradik kat Komuter Serdang lepas tuh diorang naik komuter sampai Sungai Buloh. Kira about 1pm bertolak balik dari Kluang.

Sempat singgah R&R Ayer Keroh minum² buat hilang mengantuk. Keluar R&R Ayer Keroh jalan okay lagik tapi memang jem kemain dari Pedas / Linggi hingga ke Seremban. Sampai Komuter Serdang about 6pm. Sampai ajer komuter plak tiba maka tak sempatlah bebudak dua orang tuh nak naik. Dahlah dengan beg yang beso kemain. Maka terpaksalah diorang tunggu next train.

Aku sampai rumah about 6.30pm. Penat yang hamat. Kemas² baju barang semua pastuh baru berehat. Memang spesis aku macam tuh lah bio penat sekaligus nanti baru rehat terus tanpa sebarang gangguan.

Okie habis citer raya korban...

cHiQuE:
Memang jarang skalik kalo balik Kluang menghabiskan wang ringgit makan atau beli makanan kat luar. Seboleh mungkin emak tuh nak masak. Kalo demam pun digagahkan jugak masak untuk bagi anak menantu balik jejauh makan. Idok ler demam sikit tapi melepek yang lebih ;)

No comments: