"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

15 December 2009

Jalan² makan meatball

Harinih aku ambik halfday. Motif??? Dah ujung tahun dan malas² ajer nak datang keja. Lagipun bukan diorang tak bley buat keja sendirik kalo aku takde pun. Cuba²lah belajo yeak tak kot mana tau esok² aku dah takde...

Harinih plan nak ke Ikea mencari barang. Nak bagitau barang apa pun tak reti aku nak describe tapi hmmm mendalah kecik cinonet yang nak ditampal antara cermin ngan dinding tuh. Aiyokkk tatau lah nak bagitau...

Pastuh dah namanya pegi Ikea kan makanya dapatlah melantak meatball sekalik. Hahaha dah tak musim karipap singgit lah sekarang. Manjang gi Ikea nak singgah cafe kat atas nun. Harinih Selasa kalo ambik seploh bijik meatball harganya jadik RM9 kan (NP: RM10). Opsss seploh bijik tuh bukanlah aku makan sorang. Share² ngan hubby maaa. Bleylah order kepak ayam sekalik ;))

Pastuh macam nak pegi tengok movie plak. Blom sempat tengok Couples Retreat tuh. Harituh ada tapi tayangan pukul 10.30 malam. Gilo hapa aku nak tengok memalam. Silap haribulan nanti movie tuh yang tengok aku.

Wokeylah... chiow!!!

No comments: