"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

23 December 2009

Kakak cleaner kata...

Selepas tiga hari misi mencari secara individu pokok ijau kat belakang kabinet aku nih tak berjumpa maka aku telah bersekongkol dengan beberapa orang kakak cleaner untuk sesama mencarik sambil mereka mengemas keliling ofis nih. Huhhh...

Kakak cleaner telah memberitahu pada petang hari kejadian iaitu Khamis 24 Disember 2009, beliau tidak dapat membersihkan worstation aku nih kerana bilik tempat aku bekerja nih penuh dengan orang lelaki. Tak dapat dipastikan dari manakah gerangan lelaki² tersebut datang dan apakah yang dibuat oleh mereka reramai tuh di dalam bilik inih.

Setelah mendapat maklumat tersebut maka aku telah bertanya kepada satu²nya saksi kejadian yang berada di dalam bilik ini (aku kan half day dan Boss Kecik plak on leave harituh) dan jawapan yang aku dapat sungguh mengecewakan. Saksi telah memaklumkan bahawa beliau tidak perasan. Aiyomakkk...

Dengan sopan santun lemah lembut aku telah memanjangkan tempoh meminta bantuan dari kakak cleaner untuk terus menjalankan misi mencari dan menyelamat pokok ijau aku tuh. Sedihhh wooo entah disiram atau tidak pokok tuh. Ke mana lah agaknya pokok tuh dah membawa diri??? Masih jelas terbayang saat² terakhir aku tambah air dalam pasu pokok tuh pada petang sebelum hari kejadian. Sob sob :((

Haruskah aku meminta bantuan dari pihak berwajib untuk tengok kat CCTV sapa yang ambik pokok tuh??? Hmmm bley pakai ker CCTV kat ofis nih sebenonya??? Jenjangan eksen ajer kot... opsss!

No comments: