"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

09 December 2009

Kursus BTN

Wahhh sekarang kemain hangat di pasaran cerita pasal kursus BTN nih. Tak kiralah orang politik ker orang bandar ker orang kampung ker semua cerita pasal BTN. Sana BTN sini BTN situ BTN siti BTN ;))

Dedolu zaman muda remaja aku salah sorang mangsa dera yang diwajibkan pegi kursus BTN nih. Lepas dapat result SPM sementara nak menunggu dapat tawaran masuk IPT maka kenalah pegi. Sebenonya aku nih bley dikatakan tergolong dalam anak² yang tak mendapat keizinan ibu bapa untuk huha² pegi camping sana sini masa zaman sekolah. Huhhh pegi camping Pengakap pun keta peronda polis datang intai... mencikkk!!! So bila dapat tau kena pegi BTN rasa macam teruja gilos sebab dah sah² ayah emak tak bley nak skodeng ;))

Kursus BTN yang pertama aku sertai tahun 1995 kat Batu Layar, Pengerang, Johor. Seingat aku masa nih aku dilantik untuk jadi penghuluwati atau assistant penghuluwati gituh. Entah iyer rasanya kot. Ker jadik ketua bilik??? Aiseyyy RAM slow lah katakan tapi seingat aku masa nih aku ditugaskan untuk kejut kengkawan pompuan bangun pagi. Besides that asal ada kawad kaki aku kengkadang diberi peluang men"sumbang"kan suara untuk bagi command gak. Hehehe masa nih masih umur² gila glemer gituh ;))

Kursus BTN kedua aku pegi tahun 1997 masa belajo kat UUM. Katanya kalo tak pegi kursus nih nanti tak bley grad. Kursus kedua nih kat Kaki Bukit, Perlis. Masa nih tetiba aku jadik ala² lemah lembut sopan santun malu² meow² nak menunjukkan bakat. Maklumlah aku kan low profile tak glemer langsung masa kat universiti dolu :D

Okayyy yang aku nak cerita kat entry nih adalah... aku tak paham bila ada pihak yang mangaitkan kursus BTN nih dengan mana² parti politik. Seingat aku sepanjang dalam kursus tuh takde plak cerita pasal parti politik tuh parti politik nih. Memang betul kursus nih hanya khusus untuk kaum bumiputera dan tujuannya nak bagi sedar jangan nanti esok² akibat kejarkan kemewahan hidup (diri sendirik) sampai agama, bangsa dan negara tergadai.

Aku jugak tak setuju kalo ada yang kata kursus BTN nih ala² mendera. Mendera macam mana sebenonya kan??? Memang betul peserta yang ada dalam kursus nih kena cuci baju sendirik, cuci pinggan mangkuk cawan sendirik, kemas katil sendirik tapi takkan lah ituh pun tak bley nak buat kot??? Huishhh manja bebeno lah tuh tak bley buat ituh tak bley buat inih.

Memang betul jugak peserta kena panjat bukit turun bukit buat latihan ala² tentera gituh. Kawad kaki lah. Flying fox lah. Tuh belum kes kena jemur bawah terik matahari lagik. Belum kena rendam dalam lautan air masin semalaman lagik tapi bukankah itu boleh dianggap sebagai latihan fizikal untuk diri sendirik??? Esok² kena himpun kat Padang Mahsyar lagik lah tak tau untung nasib cemana kan???

Sebelum melalut lebih panjang aku cuma nak bagitau yang takde salahnya kursus BTN nih sebenonya. Kursus nih bertujuan nak mendidik dan menanamkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara sendirik. Kalo bukan kita orang Melayu (ehhh aku Jawa peranakan hehehe) yang jaga Tanah Melayu nih maka sapa lagik yang nak jaga??? Nak mintak tolong Hang Tuah pun dia dah takde...

cHiQuE:
Takkan Melayu hilang di dunia...


No comments: