"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

07 December 2009

Natrah @ Istana Budaya

Kan dah bagitau sebelum nih yang aku teringin sangat nak pegi tengok teater Natrah. Maka pada hari Ahad yang lepas (06/12/2009) aku dan hubby dengan bersemangat waja telah menongkah hujan lebat ke IB hanya semata untuk menonton teater nih. Sungguh ramai umat yang datang...

Asal datang tengok teater orang kemain berebut nak bergambo ngan poster lah bunting lah... tak terkecuali aku jugak ;)

Sempat jugak posing dalam Panggung Sari sebelum persembahan bermula. Masa nih blom ramai orang lagik. Sebab dah lama bebeno tak tengok teater makanya tak tau tempat duduk mana yang menariks. Pilih punya pilih tau² dapat kat belah atas. Kira bolehlahhh...

Barisan pelakon selepas acara berakhir. Ramai kan??? Sowielah gambo agak jauh maklumlah duduk kat level 2. Macam suka plak tengok Maya Karin yang sungguh comel dengan rambut ikat tocang dua tuh :D

Persembahan keseluruhan okaylah. Nak kata meruntun jiwa sangat tak jugak sebab aku tak nangis pun. Aku baca buku dan novel pasal Natrah nih lagik berjurai air mata. Mungkin sebab cerita agak berat kot kan. Kebetulan masa aku tengok teater nih isteri dan anak² arwah Mansor Adabi (suami Natrah) pun ada datang. Apa perasaan agaknya masa diorang tengok kan??? Hmmm hanya mereka dan keluarga mereka sahaja lah yang mengetahui...

Habis ajer persembahan ada sesi bergambo dan sain otograf oleh para pelakon. Idok ler aku rajin nak menunggu sebab masa tuh pun dah hampir jam 11 malam. Nih ajerlah yang aku dapat... ambik gambo Maya Karim dan Adam ehhh Remy Ishak masa diorang baru keluar dari pintu Panggung Sari nak ke meja sain otograf. Bolehlahhh...

No comments: