"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 December 2009

New Moon Year + Eclipse

Ini bukannya tajuk novel mahupun filem Twilight Saga yeak kengkawan. Jangan salah paham. Korang mungkin hanya ingat harinih last day untuk 2009 dan esok first day 2010 tapi mungkin lupa bahawa tengah malam nih nak masuk tahun baru 2010 nanti kita akan alami kejadian alam semulajadi iaitu gerhana bulan.

Makanya malam tahun baru nih nanti jangan over acting huha sana huha sini. Apa kata masuk tahun baru nih kita tanamkan semangat baru untuk sesama mengumpul pahala - buat solat sunat gerhana. Untuk mereka yang tak pernah buat solat sunat gerhana tuh maka bley lah belajo² buat malam nih yeak. Kot esok² lusa tulat akan datang tak tau samada kita sempat ker tidak nak jumpa gerhana lagik.

BERNAMA.COM
30 Disember, 2009 17:29 PM

Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Jumaat Ini

PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) - Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim. - BERNAMA


No comments: