"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

12 December 2009

Pak polisi... in the house

Hahaha mengekek aku baca entry Kak Red yang inih. Macam cool jer polis trafik tuh buat lawak sengal kat Kak Red dan Sirman. Jommm aku nak stori morie kat korang...

Untuk pengetahuan semua aku hidup dibesarkan dalam keluarga polis. Emak cerita masa Along lahir (1975) ayah baru pangkat rendah (lupa plak... konstabel???) kat Lumut, Perak sana. Then bila aku lahir (1977) ayah naik pangkat jadik Koperal kat Jitra, Kedah. Pastuh DikOwn lahir (1980) ayah dapat Inspektor (huihhhh anak pegawai DikOwn tuh) kat Maran, Pahang. Cerita masa kat Lumut ngan Jitra sah² lah aku tak ingat. Even masa kat Maran pun aku tak berapa nak ingat.

Cuma yang aku tau selepas Maran kami berpindah ke Kuantan. Masa nih ayah jadik Ketua Cawangan Trafik kat IPK Pahang gituh. Kami tak tinggal dalam kawasan balai polis tapi tinggal kat berek polis area Bukit Sekilau. Kira masa nih memang kengkawan aku pun dari kalangan anak² polis sajork. Memang tak berkembang langsung.

Paling best masa nih asal ada lawan bola kat Stadium Bukit Sekilau ayah konfem bawak aku, Along dan Alang (pak sedara - adik emak yang tinggal sesama kami) ikut sama. Bila ayah bertugas maka aku ngan Along di bawah pengawasan Alang. Masuk stadium free gituh... opsss bocor rahsia. Masa nih aku dah kenal dah pemain bolasepak - Zainal Abidin Hassan, Fendi Ahmad, Dollah Salleh etc etc. Gila bola dah ;)

Tuh belum kalo ayah ada operasi plak. Kena dok dalam rumah ajer sebab emak takut²kan especially masa peristiwa Memali dolu. Memang tak berani nak memain keluar rumah. Dok berkumpul depan TV ajer tengok berita. Hahaha macam lah dah paham tengok berita masa tuh...

Lepas Kuantan ayah bertukar ke Kluang plak jadik Timbalan Ketua Polis Daerah. Masa nih lagik haru. Dahlah masa kat Kuantan kengkawan ngan anak² polis ajer tiba kat Kluang kena berkawan ngan abang² bujang plak!!! Yeaaa rumah kami sesatu bijiknya kat dalam kawasan balai beserta ngan dua blok berek bujang. Alahaiii masa tuh aku baru umur 10 tahun makanya idok ler abang² bujang tuh ada selera menengok so kawan ajerlah ngan abang² tuh :D

Penah sekalik ada buat operasi tangkap PATI diletaknya mereka² dan keluarga mereka berkumpul kat dalam kawat besi bebetul depan umah tuh. Memang ayah ada buat court tenis depan umah tuh so sementara nak tunggu PATI dibawa ke tempat yang sepatutnya kat court tenis depan tuh lah tempat diorang tinggal. Adoyaiii tetiap hari nak pegi sekolah kena lalu depan kawat besi tuh. Sungguh takuttt.

Masa kat Kluang nih sekolah menengah aku plak bebetul depan balai polis. Tuh yang aku tak bley nak huha² sangat sebab sah² nanti ayah tau. Aiyokkk!!! Tuh belum lagik kena pegi sekolah naik kereta peronda polis (masa sekolah rendah lah) sebab ayah tak dapat hantar makanya mintak tolong anak buah dia hantarkan).

Lepas beberapa tahun berkhidmat kat Kluang ayah ditukarkan ke IPK Johor plak. Kami masih menetap kat Kluang tapi selama beberapa tahun sampai pencen ayah dok berulang alik Kluang - Johor Bahru. Kalo tengokkan memang kesian tapi tuh lah dah namanya tugas kan. Rasanya dah pelbagai jawatan ayah pegang dari satu jabatan ke satu jabatan sampai ke D9 tuh. Korang tau ker D9 tuh hapa??? Hmmm pepandailah carik sendirik...

Kalo dedulu masa aku kecik ada ajer makcik² isteri polis dok cakap anak polis nih selalunya jahat² macam anak setan. Wooohooo ituh anak makcik bukan anak emak saya! Even ada jugak antara kengkawan aku yang ayah atau emak diorang keja polis mengaku yang diorang macam setan. Hahaha ituh korang bukan saya dan adik beradik saya!

Entahlah... aku suka jer jadik anak polis dan suka jugak dengan lawak yang dibuat oleh polis trafik kat entry Kak Red tuh :D

1 comment:

BudakMisteri said...

Aslkm sedara dan sedari,hehehe nak menyemak jap,ape2pun kalau ade mase free,jom lawat blog saye ni di http://mysterygraphy.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog ni erk,ok bye