"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 December 2009

Part time job

Aku sedang meng"usha" kerja sambilan sekarang nih untuk mencari duit lebih. Serius nih!!! Asal dapat gaji jer sekarang sekejapan duit dalam akaun dah susut tanpa disedari. Ada kala tak merasa nak ambik bau duit pun. Nak merasa pegang apalagik. Maklum sekarang kan semua² pun online banking... tau² ajer duit dalam akaun dah habih :(

Tapi kan keja part time apa ajer pun yang aku bley buat??? Nak main masak² idok ler. Bukan reti masak pun aku nih. Idok kalu bley ambik tempahan catering buat kuih ker beskot ker hapa ker kan macam Kila. Nak jadik artis jemputan nyanyi masa kenduri kawin alahaiii ada plak yang nanti gelar aku "bomoh panggil hujan". Dah bagus² orang tolak hujan aku plak memanggil.

Cuba surf sana sinih kotlah ada yang sesuai dengan jiwa tapi hmmm... part time tutor okay kot kan. Banyak jer rasanya IPTA / IPTS yang nak pakai tutor kot. Lagik sekarang nih bersepah sana sinih kolej² swasta. Hahaha bley pakai jugak rupanya pala hotak aku. Wokeyyy sementara BK takde harinih maka bleylah aku surf memana IPTA / IPTS yang ada tawarkan part time tutor kan. Wiken pun tak kisahlah janji masyuk ;)

cHiQuE:
Duit hasil blog pun tak masyuk lagik nih. Idok kalu aku jadik full time blogger sajork... takde maknanya lagik nak part time ginih ;)

No comments: