"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

02 December 2009

Teater... anyone???

Dah berapa banyak teater hok best² yang tertinggal daaa. Last dolu pegi tengok teater kat IB tuh bila yeak??? Kalo tak silap tengok Alang Rentak Seribu lakonan Adlin Aman Ramli dan Zul Huzaimy. Gila lama dah tuh kan??? Siap bawak Along ngan Kak Long sekalik. Masa tuh Kak Long masih mengandungkan Alisya. Hahaha lamaaa sangat dah tuh. Caca pun dah nak masuk umur 7 tahun next year :D

Teringin sangat nak pegi tengok teater Natrah. Sejak zaman bebudak aku dah tau pasal kisah Natrah nih. Kalo orang lain umur bebudak mungkin tak ambik tau pasal Natrah tapi aku lain. Aku dah tau kisah sadis dia nih sebab tertengok kat TV filem pasal Natrah nih. Tak silap pelakon yang jadi Natrah nih Noraini Jane (btol ker?) yang sekarang dah jadik adik ipar Raja Nazrin Shah.

Novel pasal Natrah pun aku ada beli. Salah satunya Atas Nama Cinta. Aku penah post entry pasal novel nih few years back. Tatau ngapa aku suka sangat dengan kisah Natrah nih. Baru takat baca novel pun aku dah bley berjurai air mata...

Itu yang nak sangattt tengok teater Natrah. Nak tengok adakah Maya Karin mampu membawakan semangat dan jiwa Natrah dalam teter tuh??? Agak² aku bley nangis tak kalo tengok teater nih nanti sama macam aku nangis masa baca novel dolu??? Hmmm ada sesapa yang nak belanja beli tiket teater nih untuk aku tak??? Anyone??? Hubby???

No comments: