"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

04 January 2010

Hati terluka dibuatnya :((

Ingat tak sebelum nih aku ada post entry pasal pokok berdaun ijau aku ilang kat dalam bilik ofis??? Hahhh rupanya bukan takat pokok tuh ajer yang ilang. Harinih baru aku sedar rupanya ada barang lain lagik yang dah takde di tempatnya.

Nampak tak arrow kat dalam gambo atas nih??? Tak nampak kalu korang klik kasik besar lah gambo nih yeak. Sebenonya kat arrow tuh aku ada letak kotak kecik dalam isinya adalah kertas nota kekecik tuh. Baru petang tadik aku perasan yang salah satu kotak tuh dah takde. Sepatutnya ada tiga kotak kesemuanya tapi yang tinggal hanya dua dan dedua yang tinggal tuh dah takde apa di dalamnya. Memang cilakak lahanat btol lah sapa yang ambik tuh... aku sumpah kudung tangan nanti baru tau!!!

Yang buat aku terkilan kecewa hati terluka adalah bila mana aku bagitau kat BK yang barang aku ilang bley plak dia cakap "ehhh barang u nih asyik ilang ajer lah" pastu dia terus buat budusss. Aiyokkk takkan lah aku yang ilangkan sendirik. Dah sah²lah ada tangan yang gatal dok godek reta aku sana sinih masa aku takde kan. Bayangkan kalo orang² yang takde niat nak godek² nih takkan dia bley jumpa kotak kertas nota tuh. Bukan aku letak kat tempat terbuka pun. Plak tuh kotak yang ilang adalah kotak yang paling penuh kandungannya dan terletak di bawah sekalik. Tak ke memang nampak bebeno yang reta aku telah dicabuli???

Memanglah korang rasa macam "alahhh pokok ngan kotak kertas ilang pun nak kecoh pompuan nih" tapi masalahnya adalah bukan sebab sesuka ati nak kecoh. Yang paling utama aku nak BK tau yang nampak gayanya bilik ofis kitorang tuh dah tak selamat untuk reta benda aku. Sepanjang 5 tahun aku duduk kat dalam bilik tuh tak penah sekali pun reta aku ilang even sebatang pen. Sekarang??? Hmmm macam² yang jadiklah. Tuh blom aku bagitau bilik aku kengkadang dah jadi ala² dance floor dikerjakan oleh mereka dan keluarga mereka. Dah takde lagik private and confidential kat bilik tuh. Salah sapa??? Hmmm mungkin sebab BK baik sangat kot.

Entahlah tak tau nak bagitau cemana lagik nih. Sebagai pengumpul sampah berjaya yang pasti memang aku kecewa sangat reta aku dah ilang. Ilang kat tempat yang tak sepatutnya dia bley ilang. Arghhhh!!!

*BK - Boss Kecik

4 comments:

amirah said...

aik mnda 2 pon manusia nk curik..

pokok ijau berbnga cam bntk goldfish ak pon da ilg..skali ngn pasu..

xkesahla asal pokok 2 selamat..haha

pak long said...

salam...
pokok tu ingat ada kambing jantan yang curik kot...makan daun.

Aidi-Safuan said...

aih...asyik ilang je.
toyol jatuh hati kat anda ke?hehe

cHiQuE CoMeL said...

@amirah
hahhh pokok chik tuh ilang ngan pasu jugaklah... pelik btol itu pun ada org nak ambik :(

@pak long
klu tau mmg dimkn kambing xpe jugak ini masalahnya xtau ke mana pegi... sob sob :((

@Aidi-Safuan
aikkk jatuh hati kena ambik pokok ngan kotak kertas ker??? aiyokkk sggh x skolah toyol ituh >:D