"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

24 January 2010

Hilang berganti...

Wokeyyy setelah meruntun hati tengok tangisan syahdu RMJ semalam (owhhh harinih dia sudah TMJ lah kan???) makanya harinih kita back to normal. Baca sotkabar pagi tadik rasa macam sayu ajer. Dunno why :((

Yea semua orang pun tahu almarhum Sultan sorang yang garang. Tataulah kan sebab aku bukan penah jumpa dan kenal almarhum pun tapi bila tengok siaran langsung majlis pemakamam baginda semalam memang rasa selain sedih tapi bangga pun ada. Bayangkan anak cucu ajer yang angkat jenazah (opsss maaf kalo kerabat diraja takde guna perkataan jenazah). Boleh nampak kan macam mana sayangnya anak cucu baginda kat almarhum. Lebih² lagik jelas kelihatan kat RMJ. Dowhhh memang calon menantu yang sesuai tuh ;)

Masa nak kebumikan pun (maaf juga andaikata takde perkataan kebumi untuk kerabat diraja) rasa bertambah sedih melihat kesungguhan RMJ dengan basah lencun tuh. Setahu aku memang almarhum sayang sangat kat RMJ dan cucu² yang lain. Tak mustahil garang² almarhum tentu bersebab...

Inilah pemandangan pada petang Jumaat yang lepas sewaktu pulang dari pejabat. Hujan lebat dengan angin menggila. Memang tak berapa nak nampak jalan. Walaupun bukan aku yang memandu tapi memang kecut² perut jugak dibuatnya. Aku memang fobia sket kalo berada dalam kereta tak kiralah samada memandu sendiri atau tidak ketika hujan lebat. Rasa kalo boleh nak berenti kat memana then tunggu sampai hujan berenti baru sambung perjalanan.

Dah nak sampai Desa Impiana tapi bayangkan dengan hujan yang lebat tuh Desa Impiana tak kelihatan. Padahal memang dah dekat sangat nak masuk simpang jer. Rasa bersyukur sangat sebab dah sampai umah. Hubby ajak makan pun aku tak mau sebab nak balik umah terus. Dah reda hujan tuh baru keluar semula.

Pada petang nih lah jam 7.15 almarhum Sultan Iskandar mangkat. Selalu orang kata kalo hujan panas ada orang besar² nak meninggal tapi kali nih hujan lebat len macam plak dari Glenmarie sampai ke Puchong nih.

Apa² pun rakyat negeri Johor dah dapat sultan baru. Semoga negeri Johor terus maju membangun. Daulat Tuanku!

2 comments:

Aus said...

yke..
baru saye tahu..
hehe..
em..
memandu dalam hujan bahaye woo..
kecut perut gk kalo lebat..

cHiQuE CoMeL said...

@Aus
hmmm apa yg Aus baru tahu tuh???